BISNES TALK - PENGALAMAN MENGUMPUL MODAL

Assalamualaikum korang! Terima kasih sudi baca blog ni walaupun penulisnya asyik MIA je.. maaf ye sifat malas menulis tu memang kuat haha!

Okay kali ni ika nak share mengenai modal dan duit yang perlu ada untuk kita mulakan bisnes. Sebelum tu jom dengar dulu cerita ika kumpul modal dari awal bisnes sampai sekarang!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mungkin dah ramai tahu, ika start berjinak-jinak berniaga ni tahun 2008. Masa tu tolong makcik buka booth jual one drop perfume je dan aksesori seperti rantai, gelang beli dekat Plaza GM.

Kemudian hujung tahun 2008, ika dah bukak online blog jual barang. Still jual one drop perfume, masa ni One Drop Perfume tengah 'in', jadi ada jugak customer beli hehe. Masa tu ada jugaklah beli sweater dan beg tah apa2 dekat Bukit Bintang. Satu apa pun tak laku. Tapi takpe, masa tu niat berniaga nih bukan untuk dapat duit. Tapi untuk happy dan memang minat! Jadi yang tak laku tu, ika pakai sendiri dan hadiahkan dekat orang.

Sehinggalah satu hari, kawan ika namanya Ani Syuhada (kena kredit nama kawan sebab dia antara pencetus ika buat bisnes hehe), dia bagi idea.. "ika cuba ko jual selendang. aku rasa selendang tengah nak 'in' sekarang nih" ika pun dengan tak lengahkan masa, terus berdesup pegi jalan tar dengan makcik. Masa tu makcik bagi RM500 dan ika pun start borong shawl harga RM5. kain nipis nak mampos.

Start beli dua kodi dulu.. letak gambar dekat blog dan try jual dekat kawan2. Alhamdulillah ada lah jugak jalan walaupun tak semua. Orang sekarang, stok tak jalan je dah mula susah hati.. Padahal ika dulu tak susah hati pun, tapi ada duit sikit hasil jualan beberapa helai tadi, ika pergi topup stok baru pulak. Kali ni try ambik corak yang lawa sikit. Memang awal2 bisnes kita tak pandai. Tak pandai pilih design, tak pandai tengok kualiti kain.. Tapi takpe, kita belajar sikit-sikit. Jangan terburu-buru..


Bila kita start jual online, (atau sekarang ni ramai jual dekat fb dan ig) kita jangan lupa untuk tengok competitors kita. Apa dorang jual, berapa harga dorang letak. Study pasal competitors. Contoh macam sekarang, orang sibuk buat Instant Shawl. Tengok lah design apa dorang buat, permainan harga macam mana. Kalau orang sibuk jual instant shawl, kita sibuk jual tudung ekin awning keras tu lagi, susah lah kita nak bersaing. Lepas tu, habis sia2 modal kita sebab lambat pusing modal. Dah, mula lah nak downnn..

Macam ika dulu, tahun 2009 orang sibuk jual selendang jojet plain dan selendang corak. Ika pun tak lepaskan peluang ni, ika buat hubungan baik dengan peniaga jalan tar. Jadinya bila ada je design terbaru, peniaga tu akan contact ika dan berdesup ika datang haritu jugak. Dari Putrajaya ke KL.. Ambik je barang, terus ika shoot pakai kamera biasa je.. paling lambat pun esok mesti dah ada gambar dan update dekat blog! Memang terlalu laju ika bekerja time tu.. Jadi, itulah yang membezakan ika dengan peniaga online yang lain, di mana ika antara yang pertama dan terawal yang keluarkan design terbaru! YEZZ gitu!

So disebabkan tu, ramai orang mula aware dengan blog ika dan tertunggu-tunggu design terbaru. Almaklumlah, masa tu tengah hot gila selendang. before tu orang pakai tudung bawal je.. Di sini, nampak kan, kalau korang baru berjinak2 dalam bisnes terutamanya tudung, jual lah barang yang tengah LAKU sekarang ni. INSTANT SHAWL! Make sure bila nak jual sesuatu barang, pastikan kualiti nya dulu. Kalau korang jual item yang takde kualiti, sekali dua orang beli, tapi dia takkan repeat untuk kali ke 3 dan seterusnya..

INGAT! repeat customer tu lah paling penting dalam sesuatu bisnes. Please jaga mereka. Bagilah diskaun ke free gift ke. sukatilah..

Ok bersambung untuk modal tadi, ika buat point jelah bawah ni ye

1) Modal permulaan RM500 masa tengah study.. Time tu jual tudung ekin awning keras dan shawl. Seminggu boleh dapat sampai RM500 keuntungan dan memang joli sakan sebab student kan.. taklah joli sakann, ika selalunya rolling balik modal dan jadikan double modal tu.. Ika joli g makan sedap2 je. masa tu yang sedap nandos n kenny rogers je haha


2) Modal masa ika habis degree dekat uitm - rm3500. Modal dari family.. Habis je exam last semeter, ika nekad tak nak kerja dan nak buat bisnes full time.

 Kat sini, ika nak bagitahu cara ika rolling modal..

Kalau modal ika ada rm3500, ika beli barang rm3500. Satu tudung contoh harga RM5. Ika jual RM10. Ikut harga market. jangan jatuhkan harga market. Kena fikir kos kita. Walaupun kita bekerja dari rumah, kos api air, elektrik, minyak kereta, penat lelah kita dan lain2 lagi.. masukkan dalam harga jual..

Kalau dah ada ofis tu, tu kena tambah macam2 lagi.. gaji pekerja, dan lain-lain.

Jadinya, dari modal RM3500, ika dapat rm6000-7000. Ika ambik sikit je untuk duit minyak dan makan, yang lain tu ika rolling lagi.. kiranya modal jadi double..memang bisnes ni agak menakutkan sebab kang kalau tak laku camne? Jangan risau, dulu ika ramai je backout buyers, banyak lagi stok tak terjual sebab ika sibuk jual benda baru je.. Tapi still boleh rolling modal double setiap masa.

Tu tadi ika cakap, berniaga jangan syok sendiri. Sila ikut trend semasa. Jual barang yang hot. Kalau kita ikut trend, pandai selok dalam berniaga, inshaallah boleh.. Jangan start je berniaga nak mengharapkan online seratus peratus padahal followers takde. Jual dulu dekat sedara mara, kawan2.. Inshaallah dorang akan support. Minta dorang promote bisnes korang dekat kawan2 dorang pulak..

Hmm rasa setakat ni je lah cerita modal kali ni.. Semuanya berdasarkan pengalaman ika.. kalau yang tak tahu, ika tak pernah buat loan sampai sekarang ni. Semuanya bermula dengan rm3500 tu..

Kesimpulannya, bila kita nak berniaga, asingkan duit MODAL contoh RM5000. Jangan diusik2.. jual barang dapat untung, guna untung tu untuk topup modal. Dan disitu kita akan berkembang.. Jangan usik duit tu pls! cuba fikirkan, dari rm5000 jadi rm10000 jadi rm20000, jadi rm40000...

Ni lah rahsia ika yang biasa2 je. Semoga dengan sharing ika ni, dapat membantu usahawan dekat luar sana inshaallah. Kalau ada sesape nak minta ika share pasal benda lain, sila komen dekat bawah ya!

Assalamualaikum dan terima kasih





Share this:

JOIN CONVERSATION

26 comments:

  1. Tahniah ika.. Suka sgt tgk kejayaan ika !

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum ika.. thanx.. terjebak dah dgn blog.ika. semoga diberkati Allah dan share selalu untuk kami yg masih bilis2 je lagini..hehe

      Delete
    2. assalamualaikum ika.. thanx.. terjebak dah dgn blog.ika. semoga diberkati Allah dan share selalu untuk kami yg masih bilis2 je lagini..hehe

      Delete
  2. Assalam sis, cerita la mcm mana sis ttibe terdetik nak buka butik hihi ade halangan tak? Lgi satu cerita la mcm mana sis atasi saat2 bila sis down berbisness tq ya :)

    ReplyDelete
  3. Assalam sis, cerita la mcm mana sis ttibe terdetik nak buka butik hihi ade halangan tak? Lgi satu cerita la mcm mana sis atasi saat2 bila sis down berbisness tq ya :)

    ReplyDelete
  4. salam. rindu ika :)
    tq ika sharing. semoga berjaya smpai bila2.
    i akan support. hehe

    ReplyDelete
  5. Salam ika.. teringat dulu bgun pagi2 tggu dpn kompter tgk page radiusite ada shawl baru tak.. smpat jgak laa beli selendang ribbon pastu selendang corak love.. dlu ika ambik gmbr kat taman ika jd model sndiri comel je.. skrg sronok tgk radiusite makin bkembang bli skrg pun dkt bangi je hehe tahniah ika 😍😍

    ReplyDelete
  6. Teringat duk follow blog shawl radiusite..... blog nak kawen.. lagi satu blog personal... .. dari zaman bujang sampai la ni...
    tapi la ni dah tak ikut blog ika... duk follow ig jer. suka tengok shawl dari radiusite ..
    peminat u ni... mintak autograf bleh.. hihi...
    apapun.. nak ucap tahniah ... and u deserve semua ni...
    u memang power rangers... terbaik.. kipidap..!!

    ReplyDelete
  7. tq ika share... semoga bisness ika bertambah maju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya berminat nak tau... kalau baru2 nak jual produk orng lain or buat sendiri produk jenama kita?

      Delete
    2. boleh jual barang org lain dulu untuk kumpul modal dan timba pengalaman ;)

      Delete
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  9. Salam ika.thanks for ur sharings.moga u dimurahkan rezki lagi..bole u share pengalaman pahit/liku2 u berniaga? N mcmmne u start buka butik sendiri?

    ReplyDelete
  10. thanks you ika for 5 starsharing.....simple step but million RM 'in'....masih bertateh dalam business...

    ReplyDelete
  11. thanks you ika for 5 starsharing.....simple step but million RM 'in'....masih bertateh dalam business...

    ReplyDelete
  12. ika.. kalau stok yang xhabis macam mana ika buat.. :)

    ReplyDelete
  13. ika.. kalau stok yang xhabis macam mana ika buat.. :)

    ReplyDelete
  14. tq pn ika saya membacanya ...insha allah akan follow ....iya lah saya juga ada soalan macam butik muslimah ...stok yang tak terjual macam mana kita nak buat.....jadi modal banyak lekat kat stok tersebut......tqtqtqtq

    ReplyDelete
  15. tq pn ika saya membacanya ...insha allah akan follow ....iya lah saya juga ada soalan macam butik muslimah ...stok yang tak terjual macam mana kita nak buat.....jadi modal banyak lekat kat stok tersebut......tqtqtqtq

    ReplyDelete
  16. Tq ika di atas perkongsian ini .. :)

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.. maaf ganggu. nak tanya.. mcm mana cara ika asingkan akaun peribadi dengan akaun bisnes ? Sebab rata-rata dari hasil jualan tu jugalah,..duit makan, duit bayar kereta dan sebagainya. Mohon bantuan :(

    ReplyDelete
  18. Congratulation ika. Macam saya ni tak tahulah. OKU n masalah lambat berfikir. Till now masih tercari2 skop bisnes yang nak diceburi.

    ReplyDelete
  19. Tahniah..ika..semoga terus success..disiplin..jmin kejayaan

    ReplyDelete
  20. Tahniah..ika..semoga terus success..disiplin..jmin kejayaan

    ReplyDelete