Pengalaman mengandung dan bersalin anak kedua di Avisena shah alam

KEBETULAN YANG TAK DISENGAJAKAN

Haritu dah cerita pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama Ayra. Kali ni turn Ayden pulak. Ika tak pernah rancang dan tak pernah terlintas nak ada baby kedua dalam masa terdekat. Masa pregnantkan Ayden, Ayra baru je setahun 9 bulan. Belum putus susu lagi..

Memang kebetulan sangat, sebelum tahu pregnant tu, Ika, Kak Rina, Yana, dan beberapa lagi kawan kami, bercuti ke London dan Italy. Dah lah anak first kami semuanya sebaya. lahir tahun 2013. Semua perempuan pulak tu. Balik je dari oversea, tiba2 Yana wassap bagitahu dia dah pregnant. Terkejut tapi dalam masa sama bestnya dia pregnant lagi!

Berapa hari lepas tu, turn Ika pulak rasa pelik dengan diri sendiri sebab macam tak lalu nak makan, makan sushi rasa tak selera langsung padahal memang makanan feveret! Terus je gatal beli pregnancy test. Wah!! Positif!!

Berapa minggu lepas tu, tiba2 kak Rina pulak cakap dia pregnant! Memang kebetulan sangat dan ramai ingat kitorang planning dan cakap ni baby oversea padahal baby2 semua tu dah ada dalam rahim kitorang sebelum pegi bercuti lagi! Dah la due date dekat2. Hahaha..



IMG_5179

Milan, Itali | April 2015 : Time ni semua tak tahu lagi tengah pregnant


SEPANJANG PREGNANT AYDEN

Masa mula2 pregnantkan Ayden, Ika tak kuat makan langsung. Tak selera betul nak makan dan kalau makan pun mesti nak makan makanan melayu. Nasi dan lauk. Selain tu, perangai pelik time pregnantkan Ayden, suka sangat pergi pasar malam. Dekat Shah Alam ni boleh dikatakan tiap hari ada pasar malam kecuali Khamis tau. So tiap2 hari lah Ika pegi..

Masa first 5 bulan pregnant, badan pun tak naik.. Ingatkan kurus sampai kesudah. sekali dah masuk 6 bulan perut mula membesar dengan jayanya! sebab ni 2nd pregnancy dan baby boy pulak, perut lagi besar dan kedepan.


Apa supplement yang diambil time pregnant?

Ika cuba ambik shaklee, tapi hangat2 tahi ayam orang tua cakap. Makan kejap pastu malas. Adalah jugak minum susu kambing tapi tak sekerap masa anak first. Punya pemalas jaga kandungan kali nih. Tapi yang pastinya hari-hari Ika minum Sarang Burung Fouziah Ghous. hahaha. Maybe sebab tu Ayden lahir2 je badan semangat. Sampai sekarang masih semangat dan kuat makan. hmm...


Masalah yang dihadapi time pregnant?
- Kali ni tak kena Gestational diabetes a.k.a kencing manis time pregnant
- Tapi Ika kena GBS. Apa tu GBS? Hah korang google lah sendiri tapi Ika cakap sikit lah kat bawah ni okay

GBS - Streptokokus Kumpulan B ni bakteria yang memang ada dalam usus manusia. Tak semua ada. and tak bahaya pun. Tapi jadi bahaya kalau ibu mengandung ada GBS ni.

Ia boleh menyebabkan penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai jangkitan permulaan awal).


Rawatan? Takde rawatan spesifik tapi yang pastinya before nak bersalin, doktor akan bagi antibiotik setiap 4 jam.


Camne boleh detect ada GBS? Sebab Ika ada masalah keputihan yang kronik, bila doktor nak rawat, masa tu dapat detect GBS. Apa yang Ika paham, kalau pregnancy ni ada GBS, next pregnancy pun ada GBS jugak. Yang pastinya, kalau boleh wanita hamil buatlah vaginal swap untuk cek ada GBS atau tak walaupun takde keputihan atau lain2 masalah. Sebab kebanyakan orang yang ada GBS tak tahu pun dia ada penyakit tu sampailah time dia nak bersalin.


IMG_5170 


NAK BERSALIN AWAL!

Sepanjang pregnant, Ika mempunyai kerisauan dimana Ika nak kena pergi China untuk beli barang raya tapi disebabkan due bulan 12, dari kandungan 6 bulan Ika dah tak boleh travel naik flight. Risau gila sebab kita bisnes ada timeline, and kalau boleh produk raya bulan 1-2 dah ready tau. Tapi dah due bulan 12. Ko rasa, nak pantang lagi 44 hari. Bilanye nak pi China? Nak plan baju raya tudung raya?? Dah lah China ni cuti lama, tutup kedai sebulan sambut Chinese New Year. Nangis!!

Disebabkan tu, Ika selalu berkira2 nak beranak awal. Kalau boleh 36 minggu atau awal dec dah keluar dah. So Ika dapat bajet time nak pegi China. Siap mintak induce dekat doctor tapi doctor tak bagi awal sangat bersalin katanya. Oh by the way, due date Ika sepatutnya 1 Januari 2016.

So masuk je kandungan 9 bulan, Ika gigih buat macam macam senaman konon nak bagi baby cepat keluar. Cakap je, jalan itik, turun naik tangga, squad ape lagi? Semua Ika buat. Sampai nangis2 sebab tak dapat support dari orang lain...

Lupa nak bagitahu, sepanjang pregnant kali kedua, Ika masih lagi setia pada DEMC dengan Doktor Mazita Mashor. Ika ni jenis dah sekali dengan doktor tu, biarlah dua kali dengan dia jugak. Dia okay, takde masalah. Lembut cuma laju sikit. Sampaikan bila nak tanya soalan terasa terkunci lidah sebab dia laju sangat. Lepas checkup Ika pun babai aje. hehe..

Satu haritu, masa baby dah 9 bulan dalam perut. Ika jumpa doktor dan request nak induce. Tarikh nak induce tu, dia takde pulak pegi holiday sampai hujung bulan 12. Dia yakin Ika akan beranak hujung bulan. Tapi sebab Ika mendesak sangat nak beranak 12 Disember (tarikh cantik) dia pun set appointment Ika jumpa doktor pengganti, doktor jumeah untuk check up 10 disember nanti.


10 DECEMBER 2015 (Khamis)

Time ni takdelah rasa nak beranak pun. Cuma check up biasa2 je.. Doktor tanya kenapa Ika nak induce, Ika cakaplah pasal nak pergi china dan dia pun minta Ika induce next week. Ika taknak. Nak tarikh 12 dec tu sebenarnya.  Pastu doktor saje scan sambil borak2 pasal bisnes. Sekali dia terkejut. Dia cakap berat baby 4 kg. Biar betul tak sampai 37 minggu dah 4 kg?? Dia scan sekali lagi, kali ni 3.6. Fuhh.. risau nak meneran kalau berat sangat.

Kemudian, doktor nak cek bukaan. Sekali lagi kitorang terkejut bukaan dah pun 3 cm time tu! Doktor pelik kenapa Ika tak sakit. Serius, tak rasa sakit langsung! Pastu doktor tanya nak beranak malam ke siang tu. (Time tu dah pukul 10-11 pagi) Ika pun pilih nak beranak malam sebab nak balik rumah ambik kelengkapan baby semua. Tetiba doktor cakap "tak boleh, awak kena beranak sekarang sebab awak ada GBS" Alahai doktor, baru nak pergi makan banyak2 sebelum beranak tapi terpaksalah makan makanan dekat DEMC je. Sedih


IMG_5169
Terengganu: Raya Haji 2015 | 26 - 28 weeks


Pengalaman ambil epidural semasa bersalin

Disebabkan Ika tak yakin dengan diri sendiri padahal  ika ni tahan je sakit kan. Ikaminta juga epidural dengan doktor. Masa ambik epidural ni, doktor masukkan juga antibiotik untuk GBS.
Kalau korang nak tahu, epidural ni dia akan cucuk ubat masuk dekat badan belakang. Orang cakap sakit kan? Hmm bagi Ika biasa jela. Terkejut sikit je time jarum masuk dekat badan. Before tu aesthetician akan spray benda alah apa tah. sejukk. maybe nak kurangkan sakit kot.

Tapi kan..berbeza epidural kali ni dengan time ayra dulu.. Time Ayra, Ika boleh lagi bersukaria call/whatsapp orang.. tapi kali ni, lepas je epidural, satu badan gatal yang kalau nak garu tak rasa apa2 sebab badan dah kebas. Tak tahan betul. Ika tidur je sementara tunggu bukaan rahim. Time Ayra dulu, kesan gatal epidural tu lepas beranak. Fuhh tak tahan nak layan gatal tu...

Sebelum masuk labour room, kali ni Ika dah makan dulu dekat kafe demc ni. Dah siap2 mandi.. eksaited tau nak beranak! Ika ada jugak minum vco beberapa sudu. Dan sebab badan gatal dan rasa lalok, Ika termuntah dekat labour room, keluar semua vco yang Ika minum tadi.

Ika admit labour room pukul 11 pagi. 12 lebih ambil epidural dan time maghrib Ika beranak. Sebelum tu Ika tanya nurse, apa rasa nak beranak sebab badan dah kebas kan.. Dia cakap nanti ada rasa benda besar macam bola dekat bahagian bawah kita. Yeee! Memang rasa macam tu, rasa macam ada benda besar dan berat dekat bawah. Maksudnya dah engaged lah tu. Ika pun terus panggil nurse dan dah boleh teran.

Dengan dua kali teran keluarlah baby yang bernama Ayden yang gebu dan besar!! Seronokknye sebab kalini Ika dapat pegang lama sikit dan direct bf dia! Oh ye, Ayden lahir masa tu usia kandungan baru 36 minggu 6 hari. Borderline premature doktor kata..


IMG_5166
13 Disember 2015 | Demc: Ayden dalam NICU. Mama datang nak susukan..


Baby terkena jaundice a.k.a demam kuning

Nak dijadikan cerita, malam lepas beranak tu Ika makan banyak gila bawang merah, putih dan halia yang mak bagi. Sedaplah pulak! Selamba je makan macam snek dan malam tu Ika rasa badan panas je. Dah lah direct bf kan.. Esok pagi, nurse cek Ayden dan dan dia kena jaundice. Baru 8 jam lahir tapi dah kena kuning, doktor terus suruh admit NICU. T__T

Ikutkan bacaan 90 je tapi sebab baru 8 jam dah kena jaundice, terpaksalah ikut cakap doktor.. Dari boleh discharge haritu, terus tak jadi and Ika delay sehari lagi sebab nak dekat dengan baby. Esoknya discharge lah jugak sebab tak guna duduk dalam wad, sebab baby tak boleh pergi dekat kita pun. Ika yang kena pergi dekat dia naik wheelchair.

Kesian betul tengok baby baru lahir kena cucuk merata2, masuk dalam inkubator tanpa baju.. Tangan lebam teruk... tapi tulah.. kita pun tak tahu nak buat macam mana.. So Ika nasihatkan, untuk korang yang pregnant, pastikanlah tak makan atau minum apa2 yang boleh buat baby jaundice. Kesian betul ada tu kena tukar darah. Muka pucat sangat..


Kos bersalin normal di DEMC
Masa dah confirm nak bersalin dekat demc, kena daftar dulu dan bayar deposit rm2000. Boleh bayar cash atau kredit kad. Ika tak jumpa pulak bil beranak. Nanti dah jumpa kita update balik eh. Yang pastinya dalam 5k-6k untuk normal tapi ni Ika ambik bilik suite dua hari, induce plus epidural sekali. Tu jadi mahal sikit.

Tapi yang buat lagi geram mahal sebab Ayden masuk nicu pulak. Bil nicu saje 4k-6k. Ika pun lupa.. hmm redha jelah. anak jaundice nak buat camne ye tak.

Overall, Ika suka lah beranak dekat demc ni sebab doktor dan nurse dia laju je setelkan kita nak beranak. Terasa cepat je Ika keluarkan baby. Cuma apa yang kurang gemar demc ni, time check up baby dekat klinik jelah, ambil masa lama untuk tunggu turn jumpa doktor. Punya ramai orang..


Hmm rasanya sampai sini je ceritanya. Harap dapat bagi korang serba sedikit gambaran sepanjang pengalaman mengandung dan bersalin Ayden ni. Nanti nak sambung pulak pengalaman menjaga Ayden yang banyak kena penyakit. Maybelah sebab tak bagi susu ibu kan. Sempat full bf sampai 3 bulan lebih je.. Sebabnya dia taknak dan setiap kali direct bf, dia macam nak terjeluak tau. 3 bulan lebih Ika pam je susu sehari 8-9 kali pam semata2 nak buat stok. Pergi oversea pun pam, dalam teksi, dekat kilang semua Ika curik masa pam. Last2  surrender T_T

Ok lah.. nanti sambung lagi. tq baca!


IMG_5163

Share this:

JOIN CONVERSATION

7 comments:

  1. pasal lepas amik epi badan gatal2 tu.. akak pon sama..!! masa fes baby dulu.. lepas akak ngadu badan macam miang2.. doktor stopkan..tapi tak tahan pulak sakit..jadi akak rela lagi tahan gatal2 tu dari sakit nak beranak.. hahaha.. ok..sekian..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaah!! samalah masa ayra doktor dia control epi tu. bagi ika rasa sakit sikit. tapi time ayden mcm takde je kontrol tu.. ke epi ni ada macam2 jeniss

      Delete
  2. hi ika, seronok baca pengalaman bersalin ika.. terus saya follow sini :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Cmne ika stop susukn ayra time pregnant kn ayden?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry baru reply. ayden mmg tak menyusu badan dari umur dia 3 bulan ;)

      Delete