Part 2: Macam mana dapat detect tonsil Ayden problem?

Setiap kanak-kanak akan ada experience yang berlainan mengenai tonsil mereka. Mungkin experience Ayden ni boleh tolong serba sedikit mommies atau kanak-kanak lain untuk lebih faham dan bantu korang decide apa langkah seterusnya.

Untuk pengetahuan,  Ayden baru 2 tahun 9 bulan masa operation ni dijalankan. Sejak baby lagi, Ayden selalu sakit dan selalu kena warded. Start dari 5 hari lepas dia lahir dah kena masuk NICU, sebulan lepas tu pula dia kena warded lagi sebab kencing kotor.. Penatnya bila anak sakit kan? Lagi lagi kalau warded.


IMG_5264
Masa umur sebulan, kena warded sebab kencing kotor

Bila Ayden dah mula membesar, kerap juga kena ambil neb.. selsema, batuk, berhingus tu memang dah sebati dengan Ayden. Asal baik je, kena balik. Lagi banyak hari sakit dari hari dia sihat. Sampai ika tak ingat berapa kali dia kena warded disebabkan bronkitis.

Dan dari baby lagi, bau mulut Ayden MasyaALLAH! Kuatnya sampai kami selalu confused dia berak ke apa. Kuat sangat bau. Lama-lama baru sedar tu bau mulut dia. Masa tu tak terfikir kenapa mulut dia busuk sangat. Pernah cakap benda ni dekat doktor, tapi doktor asyik cakap maybe ada kahak yang dah lama dan kahak tu tak keluar.

Bila dia tidur pula, bunyi nafas macam Dinosour.. kuatnya dengkur! That's why kami gelar dia Aydenosor. Lepas tu kami tambah hashtag #superbeden manalah tahu bila ramai asyik gelar dia superbeden, dia akan jadi lebih kuat untuk lawan sakit2 ni..

Dan apa yang kami perasan, walaupun dia sakit.. Demam, batuk, selsema, terkepit pintu sampai nak terputus jari, kepala asyik benjol sana benjol sini.. Dia relaks je macam takde apa2.. Selera makan semua macam biasa. Tak cranky pun walaupun sakit. Hikmah nama Superbeden agaknya hehe..



IMG_5263
Jari macam nak putus terkepit pintu. Masa ni dia baru setahun... Tinggal dengan bibik.. bibik cakap pintu tertutup sendiri...


Sebenarnya, mama ayden ni ada problem tonsil juga. Tonsil tak bengkak pun cuma ada Tonsil Stone. Tonsil Stone tu masalah lain dimana ada bendasing warna putih kuning macam taik gigi melekat / mengisi lubang tonsil tu.

Ika akan perasan tonsil stone ni ada bila ika dah mula rasa mulut berbau.. Rasa tak sedap dan bila nganga ada benda putih melekat dekat celah tekak tu.. Tonsil stone ni pun dah lama ika kena dari umur 19-20 tahun lagi.. sampaikan ika power nak keluarkan tonsil stone tu sendiri. Pakai cotton bud je..

(kalau nak tahu apa itu tonsil stone dan rupa dia, google jer k)

So nak diceritakan, last year masa mengandungkan Ayser (adik Ayden), tonsil stone menjelma balik. Ika benganglah sebab time tu 2-3 kali tonsil stone ada dalam masa sebulan. Bila salah cara nak remove,  tekak akan merah dan sakit. So pergilah jumpa Pakar ENT dekat KPJ Rawang dan doktor sarankan untuk buang.

Lama ika fikir.. ika bagitahu husband.. dah kenapa nak sakitkan diri sebab bukannya sakit sangat pun..Tonsil pun taklah bengkak. Stage 1 je... Cuma Tonsil Stone ni agak annoying sebab mulut kita berbau dan kita kena jugak keluarkan dia. So ika decide taknak buang....

Sejak tu selalu cakap dengan husband.. Maybe Ayden ni ada problem tonsil kot.. Sebab bau nafas dia kuat.. Dulu pun ika ada seorang staff, bau nafas dia pun sangat kuat dan bila ika jumpa dia, dia cakap dia ada tonsil problem.. Ika suruh dia nganga dan memang tonsil dia besar dah tahap macam Stage 3-4 jugak.

So satu haritu, ika suruh Ayden nganga dan terkejut kitorang! Besarnya tonsil Ayden!


tonsil
Kiri dan kanan tonsil ayden, bengkak.. Masa ni Ayden selsema dan batuk je... Taklah demam pun.. Maksudnya walaupun tak sakit, tapi tonsil dia besar tak kecut.. Kalau tengah sakit, maybe lagi besar 
dan boleh tutup ruang tekak tu


So sini ika concludekan macam mana kami boleh detect Ayden ada Tonsil yang bengkak tu
  • Bila tidur, dia berdengkur. Kuat.. dan kadang2 dia macam curi2 nafas.. Stop kejap dan sambung balik dengkur tu.. Boleh jadi tulah Sleep Apnea..
  • Bila tidur, mulut dia akan terbuka.. hidung kembang kempis macam struggle sangat nak bernafas.
  • Bila dia tak tidur, pun berbunyi macam berdengkur.
  • Bila dia tak berapa sihat (selsema, batuk) nafas dia akan berbau.
  • Selsema, batuk, kahak sentiasa ada..... on off.
  • Muka dia nampak penat bila bangun tidur, bawah mata pula nampak gelap dan letih. Mungkin kesan dari tidur yang tak berkualiti
  • Ayden dah tak seceria dulu.. Dah tak aktif.. selera makan makin berkurang... Main pun sorang2
  • Dia dah tak kelakar macam dulu.. Muka monyok je tiap hari
  • Kerap sangat muntah.. Sampaikan teacher sekolah dia asyik tanya, 'Ayden ni tak boleh makan sampai kenyang ke? sebab dia asyik muntah je' Ika jawablah 'Ooo.. muntah tu memang hobi dia.. dari kecik memang dia suka muntah'   

So mommies luar sana mesti tertanya, macam mana nak tahu anak kita ada tonsillitis ke tak? Ni antara tanda2 kemungkinan anak menghidapi tonsillitis:
  1. Nampak macam susah nak telan makanan
  2. Tak nak makan... takde selera
  3. Sakit telinga (kalau baby dia suka tarik telinga)
  4. Selalu sakit tekak
  5. Sakit leher atau rahang
  6. Nafas berbau
  7. Dengkur yang teruk ketika tidur
  8. Demam yang tinggi dan menggigil
  9. Asyik muntah selepas makan
Kadang-kadang kita tak perasan, cuba sekali tu minta anak buka mulut dan pakai torchlight suluh tekak dia.. kalau susah atau tak confirm, boleh jumpa paeds minta tolong cekkan ya...
Bersambung di Part 3...


sikit selingan
[Part 3: Kenapa mama decide nak buang tonsil Ayden / Tonsillectomy]

...Antara sebab kenapa ika decide nak Ayden buang tonsil ialah, ada orang dm (direct message) dekat ika..

"Kalau tonsil dia ganggu pernafasan, takut nanti oksigen tak cukup sampai ke otak dan buatkan Ayden lembab.."...

" Kawan saya ada tonsil (tonsil bengkak), kesian saya tengok nampak penat..bersukan pun tak boleh..tak aktif..''

Maybe betul atau tak betul, tapi kita ni sebagai ibu kalau boleh taknaklah benda macam ni berlaku.. So jumpa di Part 3 ye ika akan cerita panjang lagi.


Processed with VSCO with al2 preset
Ayden suka sangat makan aiskrim.. Sebelum kami dapat tahu tonsil dia dah stage 3.. memang feveret dia aiskrim..aiskrim.. Maybelah ni salah satu cara dia nak legakan bengkak tonsil...

BACA
Part 1: Apa itu Tonsil / Tonsillitis / Tonsillectomy
Part 3: Kenapa kami decide nak buang tonsil Ayden / Tonsillectomy

Share this:

JOIN CONVERSATION

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment