Part 4: Pengalaman ayden buang tonsil

 

Hari ini genap seminggu Ayden menjalankan tonsillectomy / tonsil removal. Alhamdulillah setakat semalam (hari ketujuh) semuanya okay je. Cuma malam tadi masa Ayden tidur dua tiga kali dia terjaga dan menangis. Mungkin scab di tekak dah mula menyakitkan.

Bila dia sakit, dia sendiri minta ubat dan kami paksa dia minum air untuk kekal hydrate. Mama juga sapukan YL Essential Oil Aroma Seized di leher dan telinga Ayden untuk bantu kurangkan sakit.

Pagi ni nampaknya masih lagi sama keadaannya, Ayden terjaga menangis dan bagitahu dia sakit. Dia reject susu dan sangat moody. Masa ika menaip ni pun dia masih tidur.

Betullah orang cakap, setiap pengalaman dan tahap kesakitan seseorang tu berbeza. Ada yang dari hari first operation dah sakit sangat sampai tak boleh makan berhari-hari. Ada yang hari ke lapan baru rasa sakit macam Ayden ni...



The Diagnosis

Seperti yang ika dah cakap dalam post sebelum ni, kami mula kesan masalah tonsil Ayden dalam bulan Julai - Ogos 2018. Tiba-tiba terdetik untuk minta dia buka mulut dan masa tu kami sangat terkejut tengok tonsil dia yang besar.

Kami berjumpa dengan beberapa pakar ENT yang berlainan dan memang betul kedua2 tonsil Ayden sangat besar dan mengganggu pernafasan. Bukan itu saja, Adenoid pun besar. Doktor mencadangkan untuk remove kedua2nya.

Bila kami pergi ke PCMC, Doktor Anura explain yang tonsil dan adenoid boleh membesar lagi dari saiz sekarang kerana memang selalunya umur 2-5 tahun, tonsil akan membesar dan mungkin lepas tu barulah dia akan mengecut ataupun kekal dengan saiz tu.

Doktor Anura bagi kami tempoh tiga minggu untuk Ayden on medication dan kita tengok sama ada tonsil dia akan mengecut ataupun sebaliknya. Kami pun set appointment bulan september untuk decide.

Apa yang kami dengar, walaupun tonsil boleh mengecut, ia tak mustahil untuk besar balik.. So kebanyakan orang advise kami untuk buang saja daripada masalah lain pula timbul.


26 September 2018

Kami berjumpa semula dengan Dr Anura di PCMC untuk set date untuk tonsil removal. Walaupun dah on medication selama 3 weeks, tonsil Ayden still tak mengecut. Terus Dr Anura  advise untuk operate next week nya.

Kalau orang tanya, tak takut ke masa buat keputusan? Takut memang takut. Perasaan nervous, tak sampai hati semua ada. Yelah, baru 2 tahun, kesian sangat dah kena potong dekat tekak. Dah lah situ tempat masuk makanan. Kalau operate dekat perut ke maybe senang sikit nak jaga, Ni dekat tekak. Scary rasanya.Seminggu sebelum tu pun, boleh katakan tiap hari tidur Ayden terganggu, dengkur dia kuat dan pelik. Macam berhenti bernafas pun ya jugak.

Lagipun ika dan husband memang dah sepakat nak teruskan juga tonsillectomy ni mengenangkan masalah yang Ayden selalu hadapi. Dengan harapan, proses recovery tu cepatlah hendaknya.





Before the Surgery

2 Oktober 2018, Dr Anura set time pukul 8.30 pagi untuk masuk OT Room. Malam sebelum tu kami dah siap2 check in di PCMC dan ready untuk hari esoknya. Nurse dan doktor dah terangkan apa yang patut kami tahu dan apa yang mama nak ulas dekat sini ialah staff nurse dekat PCMC wad 4c sangat baik!

Malam tu, kami bagi Ayden main sepuas-puasnya. Bagi dia toys baru untuk happy kan dia. Bagi dia makan aiskrim dan makanlah apa yang dia suka. Kami tak nak mood dia rosak ataupun dia murung sebelum tonsil removal tu.

Ayden dibenarkan makan sampai pukul 12 tengah malam je sebab lepas tu start pukul 2 pagi Ayden dah kena puasa sampailah 8.30 pagi esok. Kalau dahaga sangat baru boleh bagi air  kosong tu pun sikit je.

 




During Surgery

Hari yang dinantikan telah tiba, malam tadi mama tak dapat nak tidur sangat asyik terfikir pasal operation Ayden je. Mama pula yang nervous terlebih macam mama pula yang nak kena operate. Lepas je subuh, nurse dah datang minta ready dan tukarkan baju Ayden. Nurse juga minta sediakan dua diapers kot terberak ke kan time buang tonsil hehe..






Pukul 8 pagi, Ayden ditolak ke OT room dan mama pun ikut sekali untuk teman Ayden ambil bius (gas). Nasib baik Ayden masih tidur sampailkan Anaesthetist cakap 'Eh tak payah lah saya bagi bius.. dah tidur pun ni'. Dia cuba buat lawak tapi malangnya mama tak gelakkan pun. Mama nervous kot.

*So tips dekat sini, minta Doktor set operation di awal pagi, malam tu jangan bagi dia tidur awal. Biar dia main dan tidur lewat. Supaya esok dia takkan terjaga sampailah ambil bius. Mama pun happy, taklah risau dan gabra sangat.

Lepas je Ayden pengsan hidu gas tu, mama diminta keluar dari OT room dan kami pun tunggulah dekat waiting area. Tonsillectomy ambil masa lebih kurang 45 minit saja. Kejap je kan..


 Waiting Area.. menanti dengan penuh debar. kecuali ayah macam biasa je takde perasaan



After Surgery

Pukul 9.45 pagi, Doktor Anura berjumpa dengan kami di luar dan semuanya berjalan lancar katanya. Alhamdulillahh..

Doktor jelaskan memang tonsil dan adenoid Ayden tu patut dibuang kerana saiz dia dah tahap tiga yang dah nak masuk tahap keempat dah pun. Selain tu, ada juga mukus di sebelah telinga Ayden which is doktor dah bersihkan sekali.

Tepat jam 10 pagi kami dibenarkan masuk ke Recovery Room. Itupun mama je yang masuk sebab ayah takde pergi toilet. Masuk je dekat situ, Ayden dah menangis. Nampak dia macam sakit sangat.

Staff yang ada tu bagitahu, memang lepas operation akan ada rasa sakit sebab bius tu dipasang masa tengah operate je. Lepas tu, ada tinggal saki baki kesan bius dan kalau sakit memang dia boleh rasa.

Menangislah Ayden sampai mama peluk dia barulah dia boleh tidur. Youtube ke air ke semua tak jalan. Dia melayan perasaan sakit je masa tu. Padahal Ayden baby yang kuat. Walau sakit macam mana pun selalu dia buat biasa je tapi kali ni memang dari raut muka dia memang mama tahu dia sakit sangat.


 
 Maafkan mama ayden. Selfie ni untuk kenangan bila ayden dah besar nanti



 
 Masa ni ayden sakit sangat...




 

Lepas tu, staff in charge tunjukkan dekat mama tonsil Ayden yang dah selamat dibuang. Memang besar. Ada dua ketul. Warna macam kulit, rupa pula macam kunyit hidup tu.. Saiz dia besar macam ibu jari tangan mama.  Hmm lama jugaklah dalam Recovery Room tu. Adalah dalam 40 minit.


Bila nampak Ayden macam dah ok sikit, nurse dan staff pun datang tolak katil Ayden sekali dengan mama kena tolak masuk wad. Seronoklah mama tak payah jalan kaki.




The Recovery

Tengahari tu, Ayden nampak sakit. Meleleh air mata sambil pegang mulut, dia asyik tunjuk leher dia. Air ke aiskrim semua dia tolak. Mama agak risau dan sedih tengok keadaan dia. Lepas beberapa jam kena pujuk barulah dia nak makan aiskrim. Petang tu pun nampak dia masih penat dan asyik tertidur.



 



Antara benda yang  buatkan mama berfikir banyak kali nak buang tonsil atau tak salah satunya cabaran nak bagi Ayden makan ubat. Ye memang betul. Punya susah nak makan ubat sampaikan nurse yang bagi pun mengaku kalah. Tutuplah hidung ke mulut, still dia tahan lepas tu dia buang. Kalau tertelan pun dia akan muntahkan.

Sampai mama minta nurse tanya doktor boleh ke kalau bagi ubat melalui drip. Mula-mula doktor tak bagi sebab takut bila balik rumah nanti dia tak nak makan. So sekarang ni kiranya melatih dia sekalilah untuk pastikan dia makan. Akhirnya doktor setuju untuk bagi pakai drip sementara waktu.

Itupun dengan syarat, esok kalau nak discharged, make sure boleh makan ubat ikut mulut. Kalau tak kena stay lagi sehari.

Bila dah petang, Ayden mula bertenaga dan nampak gayanya macam dah tak sakit. Eh pelik betul. Mama baca banyak pengalaman orang, sakitnya buang tonsil tu sampai tak boleh nak cakap, tak boleh nak makan minum berhari-hari.

Tapi malam tu dia dah minta makan fries. Boleh pula aunty dia beli fries dan Ayden pun nak. Esoknya pula ada hati nak makan kacang pool. Selera giant betul. Kalau tak bagi dia nangis lepas tu buat muka sedih so kita bagilah sikit. Bila kakak dan kawan dia datang wad, terus main lari2 lah main nyorok2 lah. Pening betul mama. Orang lain sakit, dia steady je.



Hmm apa yang mama nak cakap, Ayden ni.. betul-betul anak yang kuat.. So next entry mama akan sambung proses recovery sampailah hari ke 8 ya.. dan kalau ada pertanyaan ke atau ada benda yang mama terlupa nak cerita dekat sini boleh terus tanya dekat ruangan komen okay! Inshaallah mama lagi semangat nak sambung cerita kalau ramai komen kat post ni hehehehe...





 

Thank you sudi baca.




Day 2 after tonsillectomy - terus main slide



Share this:

JOIN CONVERSATION

14 comments:

  1. Walaupun Ika cerita macam kelakar2 sikit, bertakung jugak la air mata, sebab fikir kalau anak sendiri kena, confirm nangis bila anak kita sakit kan? My son masuk hosp sebab eczema pun mak die da melalak2 kat luar, choii btol Alhamdulillah Superbeden punye operation berjalan lancar. Semoga superbeden sentiasaaaaaa SSSUUUUUPPPPPEEEERRRR!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ika tulis tak bertakung pun air mata? hahhaa.. tapi harini nampak ayden lain macam lah.. mama jadi takuttt...harap dia okay je lepas bangun tidur

      Delete
  2. Ika..nak tanye..ayden mase ade tonsil die kerap muntah x pagi2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. memang kerap muntah. asal minum susu je muntah. lepas tu pagi2 bila pergi sekolah, selalu sangat muntah dalam kereta sampaikan terpaksa sedia baldi dalam kereta...

      Delete
    2. Same la ngn ank sy.ank sy umor 5 tahun.boleh katakan tiap2 pg lps sarapan je nk muntah.ade tonsil jugak.tp blm buang lg.

      Delete
    3. Boleh ika share brape kos untuk buang tonsil ni yer?

      Delete
  3. Semoga ayden cepat sembuh..kita yang dah dewasa ni pun seriau dengar operate2 ni, apatah lagi dekat budak kecik..ishhhhh

    ReplyDelete
  4. sy yg tua nie plak rase takot.sbb kerap kene tonsil.pas tuh skot tekk,bdn bisa.mula laa nie dokk telek ank tekak.tp mcm tau plak ok ke x 😁😁😁😁

    ReplyDelete
  5. Salam ika. Anak saya pun sama selalu demam tinggi and selalu jugak kena neb, selalu flu batuk kata hak tu. usually mesti doctor check ckp tonsil dia bengkak. Until now i tak buat appt with pakar sbb i selalu rasa he is too small. My son 2tahun 2bulan, beza few months dari Ayden. So nak tanya Ika, should I terus buat appt with Dr Anura or set with few doctors jugak? I pun takut jugak pasal tonsil ni. Nurse dkt kpj pun dah kenal sbb selalu sgt admitted. I wish Ayden a speedy recovery and be strong Ayden, and mommy Ika pun kena kuat sebab bukan senang jaga budak sakit kan.❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam eqah, i rasa better consult dengan Dr Anura.. sebab doktor tu rasanya paed before jadi ENT. So selalunya Paed ni akan fikir lebih sikit pasal budak. Macam kes Ayden, dia macam tak galakkan nak operate pun sebenarnya, thats why dia minta on medication dulu baru decide..

      Lagi buat i suka dengan Dr Anura ni kan, dia dengar dulu apa kita nak cakap dan tak terus jump to conclusion.

      Delete
  6. sedih jgk baca ni sebabnya sbg mak2 ni mmg kita kalau boleh x nak anak sakit pun tp bila anak sakit ni, kita yg xsenang duduk. operate pun utk kebaikan dorg. semoga anak cpt sembuh yer sis..

    bab ayah xde perasaan tu mmg biasa. kdg2 dorg neh muka jer xde perasaan, tp dlm ati sape tau. cam kite nak operate apendiks pecah, operate laparoscopy kat doc hamid & buat D&C masa keguguran dulu, muka incek hubby mmg xde perasaan pun..sampai kite pelik dia ni x kisah ke bini dia kene operate...bila lepas operate baru dia cite dia sebenarnya nebes cuma kaver2 je..huhuh

    btw, jemput singgah blog kite yer sis :) http://julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Speedy recovery Ayden sayang... Ayden sorg anak yg kuat n cerdik.... Mummy pun Lena kuat ye... Hugs n kisses to superhero Ayden 😘😘😘

    ReplyDelete
  8. Betul tu kak ika, sakit orang lain lain. Kita ada comment cakap tak sakit pun operate. Tapi bila hari ke3 sampai hari ke6 tak boleh makan langsung sakit sangat. Pastu batuk je keluar darah. So, hari ke6 terus gi hospital and malam tu jugak kena buat operation (patri balik tempat tonsil) balik sebab terbukak batuk kuat sangat and tak makan.

    Nanti share ayden dah boleh makan apa eh ? kita nak follow hahahhaha sebab dah boring sangat ni makan bubur. Nak makan solid food ��

    ReplyDelete