Bisnes Talk - Cara Mempromosikan Bisnes 1.0

Assalamualaikum.. tak tahu lah ada orang baca ke tak blog ni.. tapi disebabkan semangat yang berapi-api nak tulis blog balik, kita kena jugak perah otak nak tulis pasal apa.

Kalau nak sambung cerita bercuti di Istanbul, kepala macam dah beku. tak boleh fikir dah. Nak cerita pasal minat memasak, gambar takde. Kang orang kata menipu pulak. Jadinya, ika nak cerita sikit pasal bisnes. Bagaimana nak mulakan bisnes tanpa modal yang banyak, tanpa ada link dengan orang popular dan lain2. Senang cerita, bagaimana nak mula dari bawah dan takde siapa untuk bergantung. Macam ika.



Cara Mempromosikan Bisnes Dulu-dulu

Sekarang ni, kalau nak bisnes, jalan lebih mudah dan senang. Banyak peluang untuk kita naik. Yang pandai tackle orang femes ke artis ke senang lah. Tup2 terus femes. Bukan macam 3-4 tahun yang dulu, punyalah susah nak kenalkan bisnes dekat orang ramai. Masa tu masih belum ramai lagi orang ada facebook, blog, apatah lagi instagram langsung tak wujud.

Jadi, bagaimana ya ika mempromosi radiusite sehingga dikenali ramai? Tanpa bantuan iklan facebook dan instagram? Mungkin tips dibawah dapat korang kaitkan dengan cara promosi sekarang.

1) Dulu ramai yang aktif berblog. Antara blogger yang dah lama ialah Irine Nadia, Cik Epal, Hanis Zalika, Nadia Bayu dan ramai lagi. Masa ni mereka dah femes. Ramai baca blog dorang. Jadinya, macam ika sendiri bagi tudung free dekat Nadia Bayu dan dia banyak tolong promote bisnes ika. Masa tu pun dah ada produk review kalau korang nak tahu.

2) Kalau perasan lah dulu2 dekat blog ada kotak shoutbox untuk blogger2 ni berchatting. Jadinya ika memang dah target, satu hari mesti post iklan lebih dari 50 blog. Memang menjadi!

3)  Keluarkan produk baru lebih cepat dari pesaing anda. Pada permulaan bisnes, ika memang tak buat sendiri tudung. Boleh dikatakan kebanyakan stok diambil dari Jalan TAR. Jadinya ika lah penjual online yang selalu jadi yang terawal keluarkan corak2 baru dan design baru. Sanggup redah dari Putrajaya ke kl untuk ambil stok hari2.

4) Keluarkan produk baru yang lain dari lain. Haa yang nih lah ika buat dan cepat je nama Radiusite dikenali dan kalau keluar 100 helai tudung je sehari habis! Masa tu ika keluarkan Shawl Ribbon. Beli shawl kosong dan ribbon. Jahit je. Tapi hit dia memang meletup!

5) Rajin buka booth. Kalau dulu buka booth, sale tak lah meletup dibandingkan dengan buka booth masa sekarang. Yela, sekarang trend dah lain. Buka je booth, berduyun orang datang. Jadi, untuk yang baru nak mulakan bisnes, jangan malas untuk join booth ok?


Yang atas ni adalah cara promosi 3-4 tahun lepas. Kalau sekarang ni, apa pula ya yang kita boleh buat untuk promosi bisnes kita?


Cara Mempromosikan Bisnes Sekarang!

1) Instagram! Sesiapa yang buat bisnes dan takde instagram page, wajib buat sekarang jugak! sebab instagram antara no #1 free marketing platform untuk kita jual produk kita.

Bila dah ada page instagram, mulalah pening bagaimana nak tarik orang untuk follow ig kita ye tak? Ok ni antara tips untuk tarik orang follow ig kita:

- Buat review berbayar dengan instagrammer femes seperti Irine Nadia, AtitaHaris, DenaBahrin dan ramai lagii..

- Bagi produk percuma dekat kawan2 atau instagrammer femes jugak. Kadang2 orang2 femes ni malas layan kita kan? Bukan malas, kadang2 dorang ni bz dan kurang masa :p Jadinya, kita bagi kawan2 kita untuk try produk kita dan paksa dorang letak gambar dan tag Ig bisnes kita. Boleh la tolong tarik sorang dua follow ye tak? Takpelah sikit, kita bisnes dari bawah kan? Tak perlu terkejar2 sangat. Belajar dari bawah lagi bagus.

- Swap review dengan bisnes IG yang lain. FREE je. Bagaimana nak swap review? Pandai2 lah korang berbaik dengan IG bisnes lain, email atau komen dorang "Jom swap review nak?" haaa camtu je senang.

- HASHTAG. Hashtag sebenarnya sangat penting untuk bisnes kita. Macam radiusite buat hashtag #radiusitelover , ini untuk kumpulkan customer radiusite dan semakin ramai yang guna hashtag ni, semakin ramai yang aware dengan radiusite. paham tak? Maksudnya kita nak build brand dan customer awareness dengan penggunaan hashtag ni.

- Contest dan GAME! Kalau tengok radiusite, zawara, calaqisya seronok je nak bagi hadiah free dekat customer yang main Game Last Tag kan? Game ni sangaat berkesan untuk tarik new followers dimana, ramai sangat akan tag kekawan dorang, dan kekawan yang belum follow ig kita, automatik akan terfollow.

Kadang-kadang, ramai peniaga suka main jalan mudah dan tak baik. Antaranya ialah:-
- Spam komen dekat ig orang
- Guna hashtag orang untuk promote brand sendiri

Memang orang akan aware dengan bisnes mereka, tapi orang lebih kepada menyampah dan nak block je! Jadinya, be wise. Bezakan yang bagus dan yang tak bagus. Buat apa kita nak promote tapi orang menyampah. Ye tak? 

2) Facebook - Sekarang ni facebook adalah platform yang paling dibenci oleh ika. Sebab apa? Fb ni main tipu. Tak kiralah like 1 juta sekalipun, kalau korang tak bayar untuk iklan, makanya iklan korang tak dapat dilihat oleh orang ramai.

Jadi memang terpaksalah buat iklan, tapi disebabkan fb ni yahudi punya kan, tak sangguplah ika nak bayar dorang. huuuu

Walaupun begitu, korang jangan risau! Korang still boleh guna facebook untuk promote dekat kawan2. Buat album bisnes dan tag kawan. Jadi mereka tahu anda menjual barang. Inshaallah ada je customer akan melekat.

Ps: Iklan di fb nih sebenarnya memang ok tau kalau korang sanggup bayar. Lagi2 kalau buat iklan yang dekat tepi belah kanan tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, google je 'how to advertise your business with facebook ads'



3) Youtube. Youtube dari dulu sampai sekarang memang medium yang baik di mana jika korang rajin buat video, tak kiralah video apa, asalkan boleh viral. Ia boleh membantu bisnes anda untuk dikenali ramai.

Bukan saja untuk bisnes, tapi kalau korang ni comel, kelakar n berjaya promosi diri sendiri. Hah, memang boleh femes dan kaya lah lepas tu ;)

4) Traditional marketing - menggunakan media cetak dan elektronik. Jika anda rasa anda dah mampu, apa salahnya guna media cetak seperti majalah Nur, Hijabista untuk kuatkan lagi brand anda. Jangan kedekut untuk buat iklan, ia membantu untuk kukuhkan brand dan juga untuk tolak tax nanti. hehe..

Kalau iklan tv dan billboard harga jauh lebih mahal. Jadi korang sendiri kena kaji dan belajar, iklan manakah yang akan mendatangkan impak kepada bisnes. Contohnya, jika anda menjual tudung, banyak majalah yang boleh anda iklankan. Tetapi anda mestilah mengkaji samada majalah tu okay atau tak. Sebagai contoh, jika anda jual tudung, lepas tu buat iklan dekat majalah dapur. Memang sah2 lah salah n tak kena langsung kan? Ataupun, jual tudung tapi pilih majalah yang tak berapa diminati, jadinya kadang2 sia2 je iklan tu..


5) Join Booth!! - Booth memanggg kena join! kenapa? sebab bila anda join booth, penganjur booth akan promosi event ini! Dalam sedar tak sedar, bila ramai orang datang ke event tu, orang akan perasan brand dan bisnes korang!! Takpe kalau sale sikit atau takde orang datang beli barang! jangan sedih!! Tujuan utama ialahh nak orang aware dan kenal brand korang kan? Slow2 dulu. Tak perlu laju2 dan putus asa cepat.

Yang paling penting dalam apa jua bisnes, kita mesti rajin, rajin dan rajin! Jangan mudah putus asa, jangan asyik merungut dan komplen, jangan suka fikirkan rugi dan kena sentiasa tabah menghadapi kata2 nista orang ramai. Buktikan yang kita boleh walaupun mula dari bawah! Jangan cepat down dan stop bisnes. Inshaallah mungkin hari ini bukan hari kita, maybe tahun depan kita berjaya? Rezeki semuanya dari Allah.


Ok lah, rasanya setakat ni saja perkongsian cerita bisnes kali ni. Nanti ika sambung lagi ya? Doakan banyak2 ika tak malas untuk menaip. Sebabnya selalu je ika ni hangat2 tahi ayam hehe.. ok bye!

Share this:

JOIN CONVERSATION

56 comments:

  1. Waaaaa info yg sgttt menari...sis nk thu lbih lgi blh?.

    ReplyDelete
  2. Great tips! Sangat berguna untuk beginner macam saya hehe :)

    ReplyDelete
  3. wah.. tq ika.. info yg sgt berguna utk org yg mcm sy br mula bisnes kecil kecilan... tq so much ika.. org yg hebat tp x kedekut ilmu perniagaan pun.

    ReplyDelete
  4. sape kate x ada org bace blog kak ika? saya sentiasa menunggu entri2 dari kak ika. tq kak for the great info!

    ReplyDelete
  5. wah terima kasih kak ika. Lega saya baca tips dengan kata kata semangat akak :)

    ReplyDelete
  6. Tips yang sangat berguna lah kak ika. Lagi2 tips dari sifu hihi

    ReplyDelete
  7. bestnya info ika kongsi ni....sangat suka...tambahan lagi zuha masih baru dalam blogging ni...so tqvm dan salam perkenalan

    ReplyDelete
  8. Woahh thanks ika mmg banyak sangat tips yang ika bagi untuk beginner mcm saya ni! Thank you so much moga ika dimurahkan rezeki atas kongsi ilmu ni! Salute org mcm ika!

    ReplyDelete
  9. Seorang yang tak kedekut ilmu. Tak mustahil kalau rezeki ika dan business ika menjadi kerana ika ikhlas berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  10. subhanallah..tergerak hati nk search tentang radiusite..n mmg tgh dilemma awal bisnes..hehe..tq kak ika..smoga sy boleh jumpa kak ika satu hari nnti.. i wanna be like u sis ^^

    ReplyDelete
  11. kak tini searching camana nak tarik follower ig nampak posting Ika terus baca sampai habis.
    good sharing akak follow Ika sejak Ika belum kahwin lagi.

    ReplyDelete
  12. Info yang sangat berguna. Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  13. Jom swap IG : http://swapreviewig.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. wah, banyak infoo yang sangat berguna

    ReplyDelete
  15. Thanks atas perkongsian yg sgt2 berguna ni. Macam orang gelap yang terjumpa cahaya,,huhu
    Anyway, jemput singgah blog saya http://akusyauqah.blogspot.com. ^___^

    ReplyDelete
  16. Tq sangat ika. Sharing sgt berguna. Tetiba rasa smangat balik sbb sales slow sket. Huhu

    ReplyDelete
  17. Salam ika, ika ade tak buat kelas mentor coaching dalam biz tudung ni. Grup online pon ok. Harap sudi mengajar kami yang baru nak startup biz. Tq 😊

    ReplyDelete
  18. tq ika... tips yang amat berguna....good luck in business...

    ReplyDelete
  19. Tq ika..tips yg bermanfaat utk org mcm sy baru berjinak2 dgn bisnes online

    ReplyDelete
  20. Good info Ika. Thanx for sharing. :)

    ReplyDelete
  21. salam perkenalan. dah 4 tahun biz on9. baru2 ni je memberanikan diri join booth. mmg sale kurang tapi byk pengalaman baru. thanks for sharing bab booth tu. nanti ada peluang insyallah join booth lagi

    ReplyDelete
  22. Great info sharing! thank you and sgt appreciate :)

    ReplyDelete
  23. Great info sharing! thank you and sgt appreciate :)

    ReplyDelete
  24. tq bnyk2 Ika, semoga perkongsian ilmu ni jadi amal jariah utk ika

    ReplyDelete
  25. Terima kasih ika. Banyak info. Sangat membantu saya yang baru nak mula berbisnes.

    Semoga kita semua berjaya dalam bisnes masing2. Amiiin

    ReplyDelete
  26. thanks ika....i akan cuba apply tips u ni...your tips are soooo sincere.....may allah give barakah in your life and your rezeki bertambah every day ...every time....

    ReplyDelete
  27. thanks ika....i akan cuba apply tips u ni...your tips are soooo sincere.....may allah give barakah in your life and your rezeki bertambah every day ...every time....

    ReplyDelete
  28. subahanAllah. terima kasih akak. susah nak dapat tips hebat dari orang2 hebat macam akak :)

    ReplyDelete
  29. i realised, radiusite selalu buat lain dr org lain. berani ambil risiko. Dia antara online business yg terawal buka butik, join vendor, samsung galaxy life, dan latest iklan tv. mana ada org lain yg buat. tahniah ika. muda dan berani, serta semangat juang yg tinggi!

    ReplyDelete
  30. i realised, radiusite selalu buat lain dr org lain. berani ambil risiko. Dia antara online business yg terawal buka butik, join vendor, samsung galaxy life, dan latest iklan tv. mana ada org lain yg buat. tahniah ika. muda dan berani, serta semangat juang yg tinggi!

    ReplyDelete
  31. Tq ika,Sya ni makeup artist..berminat sgt nk mniaga on9 .

    ReplyDelete
  32. Tq ika,Sya ni makeup artist..berminat sgt nk mniaga on9 .

    ReplyDelete
  33. Finally,i printed all the tips..i buat ia as my idol business module...tqvm dear iqa

    ReplyDelete
  34. tq ika. ika buat review produk tak? i ada produk skincare organic MEAKEY SKINCARE dgn kerjasama biotech bawah MOSTI.

    kalau blh, apa syarat n how?

    julie 0122408518 #meakeylovers

    ReplyDelete
  35. Salam kak ika saya baru nak mula meniaga onljne terima kasih dengan maklumat yg detail ni moga allah merahmati dan memurahkan lagi rezekinkak ika

    ReplyDelete
  36. salam.. ika.. terima kasih bagi tips...

    ReplyDelete
  37. jom follow instagram kami zk_hijabs

    ReplyDelete
  38. Salam ika. Ada tak ruang utk bekerjasama. Produk sis berasas batik Kaftan Top. Mmg ramai suka. Boleh mix n match ngn produk ika =) kalau nk tgk jemput ke insta @syazwani_boutique

    ReplyDelete
  39. Salam ika. Ada tak ruang utk bekerjasama. Produk sis berasas batik Kaftan Top. Mmg ramai suka. Boleh mix n match ngn produk ika =) kalau nk tgk jemput ke insta @syazwani_boutique

    ReplyDelete
  40. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete
  41. thanks for tips.. mmg berguna sangat.. tp kan.. ada x page or group kat fb or ig yg blh update booth yang available.. btw.. jom like n follow page kami.. biz kecik2 je.. superfrenz's collection.. lg skli.. thanks ika..

    ReplyDelete
  42. thanks for tips.. mmg berguna sangat.. tp kan.. ada x page or group kat fb or ig yg blh update booth yang available.. btw.. jom like n follow page kami.. biz kecik2 je.. superfrenz's collection.. lg skli.. thanks ika..

    ReplyDelete
  43. saya peminat setia shawl Radiusite❣ love sangat-sangat❣ follower ke #1215

    ReplyDelete
  44. Trimas. Tips mcm.ni yg dicari. Boleh huraikan untuk buat talk atau seminar nnt. Dah lama x main blog, 2 tahun dah. Rajin2 add ig @izzafi.islami

    ReplyDelete
  45. Trimas. Tips mcm.ni yg dicari. Boleh huraikan untuk buat talk atau seminar nnt. Dah lama x main blog, 2 tahun dah. Rajin2 add ig @izzafi.islami

    ReplyDelete
  46. Info yg sgt bermanfaat..thanks for sharing ika!!
    jemput follow blog sy -->> jjanghousewife.blogspot.com

    ReplyDelete
  47. Very Helpful tips...appreciate the info...kalau rajin please follow IG @nurahkids

    ReplyDelete
  48. Terima kasih info yg sgt menarik. Boleh lah jalan2 blog sy www.momstoreretail.blogspot.com

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete