Part 4: Pengalaman ayden buang tonsil
Hari ini genap seminggu Ayden menjalankan tonsillectomy / tonsil removal. Alhamdulillah setakat semalam (hari ketujuh) semuanya okay je. Cuma malam tadi masa Ayden tidur dua tiga kali dia terjaga dan menangis. Mungkin scab di tekak dah mula menyakitkan.
Bila dia sakit, dia sendiri minta ubat dan kami paksa dia minum air untuk kekal hydrate. Mama juga sapukan YL Essential Oil Aroma Seized di leher dan telinga Ayden untuk bantu kurangkan sakit.
Pagi ni nampaknya masih lagi sama keadaannya, Ayden terjaga menangis dan bagitahu dia sakit. Dia reject susu dan sangat moody. Masa ika menaip ni pun dia masih tidur.
Betullah orang cakap, setiap pengalaman dan tahap kesakitan seseorang tu berbeza. Ada yang dari hari first operation dah sakit sangat sampai tak boleh makan berhari-hari. Ada yang hari ke lapan baru rasa sakit macam Ayden ni...
The Diagnosis
Seperti yang ika dah cakap dalam post sebelum ni, kami mula kesan masalah tonsil Ayden dalam bulan Julai - Ogos 2018. Tiba-tiba terdetik untuk minta dia buka mulut dan masa tu kami sangat terkejut tengok tonsil dia yang besar.
Kami berjumpa dengan beberapa pakar ENT yang berlainan dan memang betul kedua2 tonsil Ayden sangat besar dan mengganggu pernafasan. Bukan itu saja, Adenoid pun besar. Doktor mencadangkan untuk remove kedua2nya.
Bila kami pergi ke PCMC, Doktor Anura explain yang tonsil dan adenoid boleh membesar lagi dari saiz sekarang kerana memang selalunya umur 2-5 tahun, tonsil akan membesar dan mungkin lepas tu barulah dia akan mengecut ataupun kekal dengan saiz tu.
Doktor Anura bagi kami tempoh tiga minggu untuk Ayden on medication dan kita tengok sama ada tonsil dia akan mengecut ataupun sebaliknya. Kami pun set appointment bulan september untuk decide.
Apa yang kami dengar, walaupun tonsil boleh mengecut, ia tak mustahil untuk besar balik.. So kebanyakan orang advise kami untuk buang saja daripada masalah lain pula timbul.
26 September 2018
Kami berjumpa semula dengan Dr Anura di PCMC untuk set date untuk tonsil removal. Walaupun dah on medication selama 3 weeks, tonsil Ayden still tak mengecut. Terus Dr Anura advise untuk operate next week nya.
Kalau orang tanya, tak takut ke masa buat keputusan? Takut memang takut. Perasaan nervous, tak sampai hati semua ada. Yelah, baru 2 tahun, kesian sangat dah kena potong dekat tekak. Dah lah situ tempat masuk makanan. Kalau operate dekat perut ke maybe senang sikit nak jaga, Ni dekat tekak. Scary rasanya.Seminggu sebelum tu pun, boleh katakan tiap hari tidur Ayden terganggu, dengkur dia kuat dan pelik. Macam berhenti bernafas pun ya jugak.
Lagipun ika dan husband memang dah sepakat nak teruskan juga tonsillectomy ni mengenangkan masalah yang Ayden selalu hadapi. Dengan harapan, proses recovery tu cepatlah hendaknya.
Before the Surgery
2 Oktober 2018, Dr Anura set time pukul 8.30 pagi untuk masuk OT Room. Malam sebelum tu kami dah siap2 check in di PCMC dan ready untuk hari esoknya. Nurse dan doktor dah terangkan apa yang patut kami tahu dan apa yang mama nak ulas dekat sini ialah staff nurse dekat PCMC wad 4c sangat baik!
Malam tu, kami bagi Ayden main sepuas-puasnya. Bagi dia toys baru untuk happy kan dia. Bagi dia makan aiskrim dan makanlah apa yang dia suka. Kami tak nak mood dia rosak ataupun dia murung sebelum tonsil removal tu.
Ayden dibenarkan makan sampai pukul 12 tengah malam je sebab lepas tu start pukul 2 pagi Ayden dah kena puasa sampailah 8.30 pagi esok. Kalau dahaga sangat baru boleh bagi air kosong tu pun sikit je.
During Surgery
Hari yang dinantikan telah tiba, malam tadi mama tak dapat nak tidur sangat asyik terfikir pasal operation Ayden je. Mama pula yang nervous terlebih macam mama pula yang nak kena operate. Lepas je subuh, nurse dah datang minta ready dan tukarkan baju Ayden. Nurse juga minta sediakan dua diapers kot terberak ke kan time buang tonsil hehe..
Pukul 8 pagi, Ayden ditolak ke OT room dan mama pun ikut sekali untuk teman Ayden ambil bius (gas). Nasib baik Ayden masih tidur sampailkan Anaesthetist cakap 'Eh tak payah lah saya bagi bius.. dah tidur pun ni'. Dia cuba buat lawak tapi malangnya mama tak gelakkan pun. Mama nervous kot.
*So tips dekat sini, minta Doktor set operation di awal pagi, malam tu jangan bagi dia tidur awal. Biar dia main dan tidur lewat. Supaya esok dia takkan terjaga sampailah ambil bius. Mama pun happy, taklah risau dan gabra sangat.
Lepas je Ayden pengsan hidu gas tu, mama diminta keluar dari OT room dan kami pun tunggulah dekat waiting area. Tonsillectomy ambil masa lebih kurang 45 minit saja. Kejap je kan..
Waiting Area.. menanti dengan penuh debar. kecuali ayah macam biasa je takde perasaan
After Surgery
Pukul 9.45 pagi, Doktor Anura berjumpa dengan kami di luar dan semuanya berjalan lancar katanya. Alhamdulillahh..
Doktor jelaskan memang tonsil dan adenoid Ayden tu patut dibuang kerana saiz dia dah tahap tiga yang dah nak masuk tahap keempat dah pun. Selain tu, ada juga mukus di sebelah telinga Ayden which is doktor dah bersihkan sekali.
Tepat jam 10 pagi kami dibenarkan masuk ke Recovery Room. Itupun mama je yang masuk sebab ayah takde pergi toilet. Masuk je dekat situ, Ayden dah menangis. Nampak dia macam sakit sangat.
Staff yang ada tu bagitahu, memang lepas operation akan ada rasa sakit sebab bius tu dipasang masa tengah operate je. Lepas tu, ada tinggal saki baki kesan bius dan kalau sakit memang dia boleh rasa.
Menangislah Ayden sampai mama peluk dia barulah dia boleh tidur. Youtube ke air ke semua tak jalan. Dia melayan perasaan sakit je masa tu. Padahal Ayden baby yang kuat. Walau sakit macam mana pun selalu dia buat biasa je tapi kali ni memang dari raut muka dia memang mama tahu dia sakit sangat.
Maafkan mama ayden. Selfie ni untuk kenangan bila ayden dah besar nanti
Masa ni ayden sakit sangat...
Lepas tu, staff in charge tunjukkan dekat mama tonsil Ayden yang dah selamat dibuang. Memang besar. Ada dua ketul. Warna macam kulit, rupa pula macam kunyit hidup tu.. Saiz dia besar macam ibu jari tangan mama. Hmm lama jugaklah dalam Recovery Room tu. Adalah dalam 40 minit.
Bila nampak Ayden macam dah ok sikit, nurse dan staff pun datang tolak katil Ayden sekali dengan mama kena tolak masuk wad. Seronoklah mama tak payah jalan kaki.
The Recovery
Tengahari tu, Ayden nampak sakit. Meleleh air mata sambil pegang mulut, dia asyik tunjuk leher dia. Air ke aiskrim semua dia tolak. Mama agak risau dan sedih tengok keadaan dia. Lepas beberapa jam kena pujuk barulah dia nak makan aiskrim. Petang tu pun nampak dia masih penat dan asyik tertidur.
Antara benda yang buatkan mama berfikir banyak kali nak buang tonsil atau tak salah satunya cabaran nak bagi Ayden makan ubat. Ye memang betul. Punya susah nak makan ubat sampaikan nurse yang bagi pun mengaku kalah. Tutuplah hidung ke mulut, still dia tahan lepas tu dia buang. Kalau tertelan pun dia akan muntahkan.
Sampai mama minta nurse tanya doktor boleh ke kalau bagi ubat melalui drip. Mula-mula doktor tak bagi sebab takut bila balik rumah nanti dia tak nak makan. So sekarang ni kiranya melatih dia sekalilah untuk pastikan dia makan. Akhirnya doktor setuju untuk bagi pakai drip sementara waktu.
Itupun dengan syarat, esok kalau nak discharged, make sure boleh makan ubat ikut mulut. Kalau tak kena stay lagi sehari.
Bila dah petang, Ayden mula bertenaga dan nampak gayanya macam dah tak sakit. Eh pelik betul. Mama baca banyak pengalaman orang, sakitnya buang tonsil tu sampai tak boleh nak cakap, tak boleh nak makan minum berhari-hari.
Tapi malam tu dia dah minta makan fries. Boleh pula aunty dia beli fries dan Ayden pun nak. Esoknya pula ada hati nak makan kacang pool. Selera giant betul. Kalau tak bagi dia nangis lepas tu buat muka sedih so kita bagilah sikit. Bila kakak dan kawan dia datang wad, terus main lari2 lah main nyorok2 lah. Pening betul mama. Orang lain sakit, dia steady je.
Hmm apa yang mama nak cakap, Ayden ni.. betul-betul anak yang kuat.. So next entry mama akan sambung proses recovery sampailah hari ke 8 ya.. dan kalau ada pertanyaan ke atau ada benda yang mama terlupa nak cerita dekat sini boleh terus tanya dekat ruangan komen okay! Inshaallah mama lagi semangat nak sambung cerita kalau ramai komen kat post ni hehehehe...
Thank you sudi baca.
Day 2 after tonsillectomy - terus main slide