Tuesday, October 18, 2016

Pengalaman mengandung dan bersalin anak kedua di demc shah alam

KEBETULAN YANG TAK DISENGAJAKAN

Haritu dah cerita pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama Ayra. Kali ni turn Ayden pulak. Aku tak pernah rancang dan tak pernah terlintas nak ada baby kedua dalam masa terdekat. Masa pregnantkan Ayden, Ayra baru je setahun 9 bulan. Belum putus susu lagi..

Memang kebetulan sangat, sebelum tahu pregnant tu, aku, Rina Salleh, Yana Khairuddin, dan beberapa lagi kawan kami, bercuti ke London dan Italy. Dah lah anak first kami semuanya sebaya. lahir tahun 2013. Semua perempuan pulak tu. Balik je dari oversea, tiba2 Yana wassap bagitahu dia dah pregnant. Terkejut tapi dalam masa sama jelesnya dia pregnant lagi!

Berapa hari lepas tu, turn aku pulak rasa pelik dengan diri sendiri sebab macam tak lalu nak makan, makan sushi rasa tak selera langsung padahal memang makanan feveret! Ini tak boleh jadi nih! Pastu sesaja gatal beli pregnancy test. Warghh!! Positif!!

Berapa minggu lepas tu, tiba2 kak Rina pulak cakap dia pregnant! Memang kebetulan sangat dan ramai ingat kitorang planning dan cakap ni baby oversea padahal baby2 semua tu dah ada dalam badan kitorang sebelum pegi bercuti lagi! Dah la due date dekat2. Bestnya!


SEPANJANG PREGNANT AYDEN

Masa mula2 pregnantkan Ayden, aku tak kuat makan langsung. Tak selera betul nak makan dan kalau makan pun mesti nak makan makanan melayu. Nasi dan lauk. Selain tu, perangai pelik time pregnant suka sangat pergi pasar malam. Dekat Shah Alam ni boleh dikatakan tiap hari ada pasar malam kecuali Khamis tau. So tiap2 hari lah aku pegi..

Masa first 5 bulan pregnant, badan pun tak naik.. Ingatkan kurus sampai kesudah. sekali dah masuk 6 bulan perut mula membesar dengan jayanya! sebab ni 2nd pregnancy dan baby boy pulak, perut lagi besar dan kedepan.


Apa supplement yang diambil time pregnant?

Aku cuba ambik shaklee, tapi hangat2 tahi ayam orang tua cakap. Makan kejap pastu malas. Adalah jugak minum susu kambing tapi tak sekerap masa anak first. Punya pemalas jaga kandungan kali nih. Tapi yang pastinya hari-hari aku minum Sarang Burung Fouziah Ghous. hahaha. Maybe sebab tu Ayden lahir2 je badan semangat. Sampai sekarang masih semangat dan kuat makan. hmm...

Masalah yang dihadapi time pregnant?

- Kali ni tak kena Gestational diabetes a.k.a kencing manis time pregnant
- Tapi aku kena GBS. Apa tu GBS? Hah korang google lah sendiri tapi aku cakap sikit lah kat bawah ni okay

GBS - Streptokokus Kumpulan B ni bakteria yang memang ada dalam usus manusia. Tak semua ada. and tak bahaya pun. Tapi jadi bahaya kalau ibu mengandung ada GBS ni.
Ia boleh menyebabkan penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai jangkitan permulaan awal).

Rawatan? Takde rawatan spesifik tapi yang pastinya before nak bersalin, doktor akan bagi antibiotik setiap 4 jam.

Camne boleh detect ada GBS? Sebab aku ada masalah keputihan yang kronik, bila doktor nak rawat, masa tu dapat detect GBS. Apa yang aku paham, kalau pregnant ni ada GBS, next pregnant pun ada GBS jugak. Yang pastinya, kalau boleh wanita hamil buatlah vaginal swap untuk cek ada GBS atau tak walaupun takde keputihan atau lain2 masalah. Sebabbb kebanyakan orang yang ada GBS tak tahu pun dia ada penyakit tu sampailah time dia nak bersalin.


NAK BERSALIN AWAL!!!

Sepanjang pregnant, aku mempunyai kerisauan dimana aku nak kena pergi China untuk beli barang raya tapi disebabkan due bulan 12, dari kandungan 6 bulan aku dah tak boleh travel. Risau gila sebab kita bisnes ada timeline, and kalau boleh produk raya bulan 1-2 dah ready tau. Tapi dah due bulan 12. Ko rasa, nak pantang lagi 44 hari. Bilanye nak pi China? Nak plan baju raya tudung raya?? Dah lah China ni cuti lama, tutup kedai sebulan sambut Chinese New Year. Nangis!!

Disebabkan tu, aku selalu berkira2 nak beranak awal. Kalau boleh 36 minggu atau awal dec dah keluar dah. So aku dapat bajet time nak pegi China. Siap mintak induce dekat doctor tapi doctor tak bagi awal sangat bersalin katanya. Oh by the way, due date aku sepatutnya 1 Januari 2016.

 So bayangkan kandungan dah masuk 9 bulan, aku gigih buat senaman konon nak bagi baby keluar. Cakap je, jalan itik, turun naik tangga, squad ape lagi? Semua aku buat. Sampai nangis2 sebab tak dapat support dari orang lain...

Lupa nak bagitahu, sepanjang pregnant kali kedua, aku masih lagi setia pada DEMC dengan Doktor Mazita Mashor. Aku ni jenis dah sekali dengan doktor tu, biarlah dua kali dengan dia jugak. Dia okay, takde masalah. Lembut cuma laju sikit. Sampaikan bila nak tanya soalan terasa terkunci lidah sebab dia laju sangat. Pas checkup aku pun babai aje. hehe..

Satu haritu, masa baby dah 9 bulan dalam perut. Aku jumpa dia dan request nak induce. Tarikh nak induce tu, dia takde pulak pegi holiday sampai hujung bulan 12. Dia yakin aku beranak hujung bulan. Tapi sebab aku mendesak sangat nak beranak 12 Disember (tarikh cantik) dia pun bagilah aku jumpa doktor pengganti, doktor jumeah untuk check up 10 disember nanti.

10 DECEMBER 2015 (Khamis)

Time ni takdelah rasa nak beranak pun. Cuma check up biasa2 je.. Doktor tanya kenapa aku nak induce, aku cakaplah pasal nak pergi china dan dia pun minta aku induce next week. Aku taknak. Nak tarikh 12 dec tu sebenarnya.  Pastu doktor saje scan sambil borak2 pasal bisnes. Sekali dia terkejut. Aku tanyalah awat hang terkejut doctor? Dia cakap berat baby 4 kg. Biar betul tak sampai 37 minggu dah 4 kg?? Dia scan sekali lagi, kali ni 3.6. Fuhh.. risau nak meneran kalau berat sangat.

Kemudian, doktor minta kebenaran nak cek bukaan. Sekali lagi dikejutkan oleh doktor dimana bukaan dah pun 3 cm time tu! Doktor pelik kenapa aku tak sakit. Serius, tak rasa sakit langsung! Pastu doktor tanya nak beranak malam ke siang tu. (Time tu dah pukul 10-11 pagi) Aku pun pilih nak beranak malam sebab nak balik rumah ambik kelengkapan baby semua. Tetiba doktor cakap "tak boleh Atikah, awak kena beranak sekarang sebab awak ada GBS!" Alahai doktor, baru nak pergi makan banyak2 sebelum beranak tapi terpaksalah makan makanan dekat DEMC je. wuwuwuwuuw..

Pengalaman ambil epidural semasa bersalin

Disebabkan aku tak yakin dengan diri sendiri padahal aku rasa aku ni tahan je sakit kan. Aku minta juga epidural dengan doktor. Lemah betul kan.. Masa ambik epi ni, doktor masukkan juga antibiotik untuk GBS.

Kalau korang nak tahu, epidural ni dia akan cucuk ubat masuk dekat badan belakang. Orang cakap sakit kan? Hmm bagi aku biasa jela. Terkejut sikit je time jarum masuk dekat badan. Before tu anestetik akan spray benda alah apa tah. sejukk. maybe nak kurangkan sakit kot.

Tapi kan..berbeza epidural kali ni dengan time ayra dulu.. Time Ayra aku boleh lagi bersukaria call/whatsapp orang.. tapi kali ni, lepas je epi, satu badan gatal yang kalau nak garu tak rasa apa2 sebab badan dah kebas. Bapak tak tahan. Aku tidur je sementara tunggu bukaan rahim. Time Ayra dulu, kesan gatal epidural tu lepas beranak. Fuhh tak tahan nak layan gatal tu...

Sebelum masuk labour room, aku dah makan dulu dekat kafe demc ni. Dah siap2 mandi.. eksaited tau nak beranak! Aku ada jugak minum vco beberapa sudu. Dan sebab badan gatal dan rasa lalok, aku termuntah dekat labour room, keluar semua vco yang aku minum tadi.

Aku admit labour room pukul 11 pagi. 12 lebih ambil epidural dan time maghrib aku beranak. Sebelum tu aku tanya nurse, apa rasa nak beranak sebab badan dah numb kan.. Dia cakap nanti ada rasa benda besar macam bola dekat bahagian bawah kita. Yeee! Memang rasa macam tu, rasa macam nak buang air besar tapi rasa ada benda besar dekat bawah. Maksudnya dah engaged lah tu. Aku pun terus panggil nurse dan dah boleh teran.

Dengan dua kali teran keluarlah baby yang bernama Ayden yang gebu dan besar!! Seronokknye sebab aku dapat pegang lama sikit dan direct bf dia! Oh ye, Ayden lahir masa tu usia kandungan baru 36 minggu 6 hari. Borderline doktor kata..

Baby terkena jaundice a.k.a demam kuning

Dijadikan cerita, betul2 lepas beranak aku makan banyak gila bawang merah, putih dan halia yang mak aku goreng. Sedaplah pulak! Selamba je makan macam snek dan malam tu aku rasa badan panas je. Dah lah direct bf kan.. Esok pagi, nurse cek Ayden dan dan dia kena jaundice. Sebab dia tak sampai 24 jam lahir tapi dah kena kuning, doktor terus suruh admit NICU. T__T

Ikutkan bacaan 90 je tapi sebab baru 8 jam dah kena jaundice, terpaksalah ikut cakap doktor.. Dari boleh discharge haritu, terus tak jadi and aku delay sehari lagi sebab nak dekat dengan baby. Esoknya discharge lah jugak sebab tak guna duduk dalam wad, sebab baby tak boleh pergi dekat aku pun. Aku yang kena pergi dekat dia naik wheelchair.

Kesian betul tengok baby baru lahir kena cucuk merata2, masuk dalam inkubator tanpa baju.. Tangan lebam teruk... tapi tulah.. kita pun tak tahu nak buat macam mana.. So aku nasihatkan, untuk korang yang pregnant, pastikanlah tak makan atau minum apa2 yang boleh buat baby jaundice. Kesian betul ada tu kena tukar darah. Muka pucat sangat..


Kos bersalin normal di DEMC

Masa dah confirm nak bersalin dekat demc, kena daftar dulu dan bayar deposit rm2000. Boleh bayar cash atau kredit kad. Aku tak jumpa pulak bil beranak. Nanti dah jumpa kita update balik eh. Yang pastinya dalam 5k-6k untuk normal tapi ni aku ambik bilik suite dua hari, induce plus epidural sekali. Tu jadi mahal sikit.

Tapi yang buat lagi geram mahal sebab Ayden masuk nicu pulak. Bil nicu saje 4k-6k. aku pun lupa.. hmm redha jelah. anak sakit nak buat camne ye tak.

Overall, aku suka lah beranak dekat demc ni sebab doktor dan nurse dia laju je setelkan kita nak beranak. Terasa cepat je aku keluarkan baby. Cuma apa yang kurang gemar demc ni, time check up baby dekat klinik jelah, ambil masa lama untuk tunggu turn jumpa doktor. Apa2 pun aku okay je..

Hmm rasanya sampai sini je ceritanya. Harap dapat bagi korang serba sedikit gambaran sepanjang pengalaman mengandung dan bersalin aku ni. Nanti nak sambung pulak pengalaman menjaga Ayden yang banyak kena penyakit. Maybelah sebab tak bagi susu ibu kan. Aku sempat full bf sampai 3 bulan lebih je.. Sebabnya dia taknak dan setiap kali direct bf, dia macam nak terjeluak tau. 3 bulan lebih aku pam je susu sehari 8-9 kali pam semata2 nak buat stok. Pergi oversea pun aku pam, dalam teksi, dekat kilang semua aku curik masa pam. Last2 aku surrender T_T

Ok lah.. nanti sambung lagi. tq baca!






5 comments:

  1. pasal lepas amik epi badan gatal2 tu.. akak pon sama..!! masa fes baby dulu.. lepas akak ngadu badan macam miang2.. doktor stopkan..tapi tak tahan pulak sakit..jadi akak rela lagi tahan gatal2 tu dari sakit nak beranak.. hahaha.. ok..sekian..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaah!! samalah masa ayra doktor dia control epi tu. bagi ika rasa sakit sikit. tapi time ayden mcm takde je kontrol tu.. ke epi ni ada macam2 jeniss

      Delete
  2. hi ika, seronok baca pengalaman bersalin ika.. terus saya follow sini :)

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
Designed By Boutique-Website-Design