Monday, September 26, 2016

Bisnes Talk: Pentingnya Data Customer!

Assalamualaikum, kali ni nak share pasal PENTINGNYA DATA CUSTOMER. Tapi ayat agak tunggang langgang. So pandai2 lah nak hadam ye. maklumlah sambil menaip sambil jaga anak sambil tengah kaji hal dunia. hehe

Walaupun saya menulis dan tahu mengenai Demographic data tapi percayalah saya dan juga ramai orang selalu terlupa dan ignore pasal benda paling penting ni. Disamping saya menaip, saya dapat asah dan ingat balik info2 penting dan semoga korang sedikit sebanyak dapat paham dan gunakan untuk bisnes korang pulak.
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Ok kita start! Hmm tahu tak korang betapa pentingnya kita sebagai orang bisnes mempunyai data customer? Kita perlu tahu SIAPA CUSTOMER KITA tu. Data customer perlu disimpan dalam file atau soft copy dan dijadikan harta berharga untuk bisnes kita:

Data terbahagi kepada Demographic Data & juga Psychographic data. Tapi kali ni kita fokus demographic data ok?

APA ITU DEMOGRAPHIC DATA?
Demographic data ialah characteristic customer yang statik antaranya Umur, Lokasi, Gender, Marital status, Education level dan lain2 yang akan digunakan untuk menentukan arah tuju marketing dan bisnes kita.

Selepas dapat kumpul demographic data customer, sebolehnya kita buat Customer Profile. Dapatkan sedalam-dalamnya info pasal customer tu. Faktor dan data tersebut boleh kita guna untuk menentukan marketing campaigns yang akan kita lakukan disebabkan adanya high colleration antara certain lifestyle dan buying pattern customer tersebut.


Bagaimana nak dapatkan Demographic data customer kita?
1) Order / info customer bila kita nak pos barang - customer akan bagi nama, alamat, no telefon, email ; simpan dalam excel.
2) E-commerce website - bila customer register, kita akan dapat lebih detail mereka secara automatik. Download data mereka.
3) Questionnaires - boleh minta customer isi samada menerusi online atau di butik / booth


Kegunaan DATA CUSTOMER ni ialah:
1) kita dapat analyse range customer kita. Contoh bila kita buat graf pasal existing customer, nanti kita boleh buat kesimpulan - customer kita banyak tinggal di mana, umur berapa, dah kahwin ke belum, kerjaya dan income mereka. So dari sini kita dapat menentukan produk dan corak marketing yang akan kita keluarkan. Sebab bila nak buat promotion & marketing, bila kita nak target dekat orang yg sama demographic a.k.a existing customer, kita dah tahu nak buat marketing macam mana. So marketing kita lebih terperinci dan fokus.

(TARGET SPECIFIC MARKET) Bila marketing kita lebih fokus, taklah kita buat iklan sia2. Dah lah kita ni bisnes kecik je kan, kalau boleh nak lah iklan yang lebih kos efektif. Yang menguntungkan dan tidak pula merugikan.

Contoh iklan wide takde spesific target ialah Iklan TV, radio atau newspaper. Di mana, iklan tu lebih kepada nak cari customer baru. tapi still iklan tu terlampau luas skop dia. Untung sabut tenggelam, untung bulu timbul. Kalau company besar ok jelah, banyak modal. Tapi kalau kita yang kecik ni. Harapnya buatlah iklan fb dulu tapi make sure specific target ok?

Meh nak share tips sikit, kalau korang nak buat iklan atau bagi gift dekat instafamous. YE KORANG KENA TAHU RAMAI BETUL INSTAFAMOUS KAT LUAR TU. Sila follow dan buat sikit research. Awat depa femes sangat kan.

- Korang mesti kena tahu instafamous tu famous sebab apa. Ada yang famous sebab gambar ootd, ada famous sebab selfie. atau dia ialah youtubers. atau dia ialah Mak yang famous sebab anak. So jangan salah pilih instafamous. Korang mesti tahu kan, sekarang ramai instafamous minta payment kalau nak iklan di ig mereka. So, kalau kita jual baju atau tudung muslimah, bagi ler dekat instafamous yang suka ootd fashion. Followers dia lebih spesifik. Untung2 followers dia jadi customer korang.

--- Ni lah kadang2 kalau korang rasa kenapa dah swap review, dah bagi gift dekat instafamous tapi takde jugak peningkatan followers atau sale. salah satu sebab, mungkin awak salah instafamous lerr..



2) KEDUANYA, pentingnya data customer kita tu sebab kita nak dia sampai bila2 jadi customer kita. Bawa cerita baik2 pasal bisnes kita dan ajak kawan/family dia jadi customer kita jugak.

(REMARKETING) Dibuatlah, korang syok2 buat bisnes, pastu takde masa nak entertain sorang2 customer kan. Lama2 customer tu blah pergi ke brand lain. Macam terjadi dekat radiusite lah (sob..sob..) Jangan sedih! korang masih tak terlambat! Bila korang ada Data Customer tu, korang masih boleh bina balik relationship yang telah sendu tu dengan cara personally email customer, bagi discount ke free gift for your purchase ke, free shipping ke. Dia tak layan? Jangan putus asa. Buat lagi dan lagi. Eh kan ada no telefon dorang? Personally whatsapp atau sms jemput datang redeem hadiah dekat kedai kalau purchase rm50 ke atas. rugi? lagi rugi kalau takde customer. So nak yang mana satu?

TIPS lagi - Bila customer tu dok rajin hashtag atau tag korang, janganlah pandang sebelah mata je. Tahu tak sebenarnya korang kena berterima kasih dekat customer tu sebab secara tak langsung dia dah pun PROMOTE, jaja pasal produk korang tu dekat kawan dan family dia? Hah apa lagi? reward lah! Kalau takde modal pun, cukup dengan komen dekat dia cakap '"Terima Kasih! Sis terharu <3 <3". Tu pun susah ke?

3) KETIGA - kita dapat tentukan produk apa yang kita bakal jual selepas kita dapat analyze dan summarize data customer kita. Contoh macam saya buat bisnes pakaian dan tudung. Setelah dapat gather semua data, apa yang saya nampak kebanyakan customer radiusite ialah Perempuan, Young Executive dan ke atas, middle income, wanita yang pregnant dan menyusukan baby, lokasi pula kebanyakan tinggal di Selangor dan KL.

Bila saya tengok customer ramai terdiri daripada wanita yang pregnant dan menyusukan anak, saya akan buat baju nursing friendly. Kalau buat shawl kena buat instant sebab wanita bekerjaya nak pakai shawl cepat siap. Dan untuk akhir tahun 2016 ni berkemungkinan customer saya takkan expand banyak untuk shopping sebab ekonomi tak ok dan maybe hujung tahun dorang nak holiday dan maybe anak2 dorang nak masuk sekolah. Jadi, saya juga akan kurangkan pengeluaran untuk tahun ni supaya saya takkan ada lambakan stok.


---- Oklah sampai ni je boleh taip. Nanti sambung balik. Eh jom komen kat bawah korang nak saya cakap pasal apa lagi dalam blog ni? Ke korang boring sebab blog ni cakap pasal bisnes je. Ke nak saya tulis resepi makanan baby atau apa2? tolong komen tau barulah semangat lagi nak menulis hehe tq!

 Kenalkan otromen saya - Ayden si bulat - pasal dia lah saya susah nak update blog :p

9 comments:

  1. Saya suka tip bisnes... Tq! Tq! Tq! Baca blog awk btol2 buat sy bersemangat nk teruskan perjuangan dlm perniagaan

    ReplyDelete
  2. Saya suka tip bisnes... Tq! Tq! Tq! Baca blog awk btol2 buat sy bersemangat nk teruskan perjuangan dlm perniagaan

    ReplyDelete
  3. Thank you sebab share ilmu ladyboss Ika :) Saya suka tips-tips business macam ni, content lain daripada lain, compared to other blogger <3

    ReplyDelete
  4. Tips bisnes lagi pleaseee! Tengah down ni terbuka blog ni terus dapat kekuatan.
    Tengkiuuuu!

    ReplyDelete
  5. Suke baca blog awk sis.. tq!. byk pengalaman dan panduan untuk saya terus majukan bisnes sy.. kalau boleh sis share tentang design pakaian macamane customer suka, jenis fabric dan sebagainya..

    ReplyDelete
  6. Saya mmg suke awak menulis, x perlu bayar tp ikhlas��
    Boleh x tulis pasal cabaran nak bukak butik? ;)

    ReplyDelete
  7. Tq ika. Sy start minat radiusite lepas saya beli inner n cakap sy urgent nak pakai nikah, pagi bank in, pagi nak nikah saya dapat parcel. Memang bagus sgt customer service

    ReplyDelete
  8. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  9. Boleh bagi contoh untuk setting interest bagi jualan jubah di fb ads agar target kita tak tersasar. Terima kasih... Btw saya suka sgt info2 mcm ni.. Sebab saya pon msh baru, mula dgn dropshipper

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
Designed By Boutique-Website-Design