Tuesday, November 3, 2015

Bisnes Talk: Bagaimana Menguruskan Kewangan dalam Perniagaan

Assalamualaikum semua! Hari ini nak share cara menguruskan kewangan dalam perniagaan. Mungkin kalau anda seorang akauntan, tak perlu baca kot post ni hehe. Yelah saya pun orang baru belajar dan masih belajar... Jadi post ni sesuai untuk mereka yang baru berniaga, yang ada company enterprise yang selalu 'tercuri duit' dari akaun syarikat, kemudian mula lah gelabah duit tak cukup untuk rolling! hahaha.. sape pernah ada kes macam ni?? Sayalah tu :p

Sekarang ni, Radiusite dah pun bertukar dari Enterprise ke Sdn Bhd dari Januari haritu, disebabkan kes macam ni lah, lebih kepada nak menguruskan kewangan dengan lebih teratur. Tapi jangan risau untuk enterprise pun kita boleh uruskan kewangan dengan cara macam saya nak share ni.

Mengikut pengalaman saya yang menggunakan akaun enterprise dari 2009 sehingga 2014, memang pada mulanya saya selalu ambil duit company untuk kegunaan sendiri. Kadang2 guna duit pun untuk company jugak tapi resit selalu hilang. Ini tidak bagus, kerana membuatkan akaun tidak cantik, mana perginya duit tu lagi2 kalau tiada resit. Jadi apa perlu kita lakukan? Mana duit yang kita perlu simpan, yang perlu rolling dan untuk kegunaan sendiri?

Sebelum saya ulas lebih lanjut, jom kita fahamkan serba sedikit apa itu perniagaan Enterprise:

CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL (ENTERPRISE)
- Pemilik tunggal atau persendirian
- Kebiasaan modal diperoleh dari diri sendiri atau keluarga dan rakan
- Mudah ditubuhkan dan prosedur tak rumit
- Cukai dikenakan dalam bentuk perseorangan cukai pendapatan (LHDN)
- Berhak mendapat semua keuntungan dan menanggung semua kerugian
- Kadar cukai agak tinggi berbanding sdn bhd
- Rekod dokumen perakaunan hendaklah disimpan selama 7 tahun
- Enterprise tidak perlu audit
- Sukar mendapat pinjaman modal dari institusi kewangan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau dari pengalaman saya dari awal berniaga dulu, saya selalu amalkan penggunaan duit seperti ini:

Contoh:
Duit dalam bank ada RM5000
Ambil RM4000 untuk rolling bisnes
RM1000 simpan dulu untuk kecemasan*

(Duit kecemasan tu maksudnya nak bayar bil, isi minyak, makan (bukan bermewah2), beli barang kegunaan dan jangan nak membazir shopping macam2. Sekarang ni saya tahu banyak cafe best2, tapi kalau korang baru berniaga, jangan mimpi nak food hunting. Simpan lah duit tu, masak dekat rumah lagi bagus.)

Kemudian, dari RM4000 tadi, saya laburkan jadi modal dan beli stok habis RM4000. Dan saya sasarkan akan terjual semua stok tu dan dapat balik paling kurang RM8000.

Dari RM4000 dah jadi RM8000. Modal dah double!
* kalau duit kecemasan tadi kita tak guna, boleh lah topup dekat duit rolling ataupun buat saving.

Sasaran dan target sales tu sangat penting. Lagi cepat target kita, lagi cepat kita dapat besarkan modal kita tanpa perlu meminjam.

Bayangkan dalam masa sebulan, kalau ikut formula di atas:

Modal Rolling: RM5000 (simpan RM1000)
Minggu pertama beli stok: RM4000 --- RM8000
Minggu Kedua beli stok: RM8000 --- RM16000
Minggu ketiga beli stok: RM16000 --- RM32000
Minggu keempat beli stok: RM32000 --- RM64000

RM1000 tak cukup untuk duit kecemasan? Kalau macam tu minggu ketiga boleh ambil RM2000. Cukuplah sebulan belanja RM3000 - RM5000. (Formula ni boleh je guna untuk perniagaan kecil juga (yang margin lebih rendah)

Kalau korang nampak dekat situ, duit modal jadi berganda dengan banyaknya, dekat situ korang curi lah sikit untuk saving! Saving tu ibarat bayar gaji dekat diri sendiri. Macam dulu, saya selalu ambil duit tiap minggu kadang2 RM10,000 seminggu dan masuk dalam akaun ASB. Gunanya duit ni untuk kecemasan bila terjadi apa2 dalam company. Contohnya tiba2 rolling tak cukup, nak topup modal atau kita nak buka butik, duit dari simpanan ni lah kita guna balik.
*Duit saving ni kira sebagai gaji korang tau. Kalau bulan tu ambil 10k. Buatlah payslip sendiri sebagai bonus ke. 

Tapi mungkin korang rasa mustahil boleh double kan duit rolling sampai banyak macam tu sekali kan?
Kalau saya boleh, kenapa korang tak boleh? Macam saya cakap tadi, disitulah perlu ada TARGET! Bukan target sales je, tapi korang kena plan balik target market, target produk, dan semua jenis target. Jangan salah sasar.

Sebelum nak buat tudung ke apa ke, fikir dulu, "eh tudung ni ada orang nak ke kalau aku jual", "permintaan ok ke tak?", "aku nak jual dekat mana ni?", tanya semua benda ni dulu.

Sebagai contoh, semasa saya mula berniaga, saya hanya ambil stok dari Jalan TAR. Masa tu tengah Hot dengan printed shawl RM10 tu. Apa yang saya lakukan, saya mesti jadi orang pertama dapatkan stok terbaru tiap minggu. Dah dapat terus shooting dan update haritu atau esok jugak! Bukan simpan stok tu jadi pekasam! Bila simpan, nanti blogshop lain dah start jual, kita juga yang rugi bila customer lari ke blogshop lain.

Selain printed shawl tadi, saya juga ambil juga produk lain antaranya:
- shawl jojet plain
- tudung ekspress
- tudung petak

kalau satu jenis saya ambil 20 kodi = 400 pcs
modal dalam  RM1600
Harga beli RM4, jual RM10

RM1600 =  RM4000
Untung saya = RM2400

*kalau saya dapat jual semua, minggu tu je untuk stok shawl corak saya dapat RM2400 belum masuk tudung jenis lain.

Next week saya doublekan modal saya untuk shawl corak dari RM1600 + RM2400 = RM4000
boleh ambil stok dalam 1000 pcs shawl corak tu.

Kenapa berani sangat saya ambil stok sampai banyak macam tu sekali?
Sebabnya, tudung tu tengah 'IN'! Memang ramai pembelinya. Jadi kat sini, bila korang nak menjual sesuatu, pastikan DEMAND nya tinggi! Bukan berniaga syok sendiri ya.
(walaupun zaman sekarang ni SUPPLY untuk perniagaan tudung dan baju lagi tinggi dari DEMAND. sighh)

Kalau demand untuk perniagaan korang biasa-biasa saja, boleh je jalankan perniagaan tu, tapi kena bersabar lah. Kebanyakan orang selalu tak sabar dan mudah putus asa. Bila perniagaan macam tak maju, terus rasa nak tutup bisnes.


Macam zaman sekarang ni pula, bila nak berniaga jubah atau tudung, cuba tanya dan research design apa yang tengah HOT?
Dekat mana nak buat research? Tengok lah IG dan FB online shop, pergi selidik dekat Seksyen 7 Shah Alam ke, tanya kawan dekat FB ke dan banyak lagi cara lain.

Dah sekarang musim instant shawl tengah hot, yang ko jual shawl bermanik penuh atas kepala yang dah takde permintaan tu kenapa? Memang susah lah nak jalan. Bukan tak jalan langsung, tapi untuk bisnes dan brand korang cepat naik, akan jadi lambat. Duit rolling pun akan lambat bergerak. Kata nak glemer cepat kan. So jual lah barang glemer. Paham kan?

Sama juga kalau kita berniaga produk lain, contohnya barangan kesihatan, apa yang orang nak sekarang ni? DEMAND?
Dari dulu sampai sekarang, semua orang nak jadi putih, nak muka berseri2. Pasal tu tiba2 kita nampak ramai orang jual kolagen lah, qu puteh lah.. Permintaan memang tinggi tak pernah putus!

Kalau jual makanan pulak, semua sibuk buka kafe ala hipster. Kenapa?
Sebab DEMAND jugak!

Berbalik dekat tudung RM10 tadi, margin agak rendah dan untuk kita lagi nak cepatkan rolling dan besarkan modal, apa yang perlu kita buat ialah jual produk yang lebih mahal untuk dapat pulangan yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, masa awal perniagaan, saya ambil juga stok tudung ekspress yang tengah hot masa tu. Kos sehelai RM20 dan saya dapat jual RM40-RM44 sehelai. Untung dekat sini sehelai je dapat RM20-RM24.

Kalau dapat jual 100 helai tudung yang berharga RM44.
kita dapat rm4400. Modal tadi RM2000 je. So dapat untung RM2400 kan.

Kalau orang jual dress lagi besar margin dia. Kos jubah (tak termasuk overhead kos) mungkin dalam RM70 - RM80, rata2 peniaga jual sekali ganda. Jadinya keuntungan lagi tinggi!
-- err tapi kalau kita dapat jual lah. Kalau stok tu tak terjual, jadi lambakan dan rugi pulak kan. Thats whyyy kita perlu tahu kehendak orang dan kita supply berdasarkan kehendak! Bukan berdasarkan suka suki buat bisnes. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai sudah mengarut pasal modal dan rolling, kita berbalik kepada tujuan asal post ni iaitu
Cara Menguruskan Kewangan dalam Perniagaan

Untuk rujukan ala skema punya financial planning

Kalau kita tengok dekat Financial Planning dekat atas ni, lebih kurang sama macam yang saya dah ceritakan, dan ini lebih kepada summary penceritaan saya hari ini.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dekat atas saya dah cerita pasal rolling modal, jadi ingat FORMULA nya ialah Jangan membazir! Usaha untuk simpan duit setiap minggu dan bekerja keras dari awal bisnes ya? Inshaallah berjaya.

* Saya kalau dah simpan duit dalam ASB contohnya, saya elakkan terguna duit tu walaupun dalam keadaan sesak. Sayang sebenarnya. Kat situ kalau dapat simpan sampai full, kita dah boleh nampak dah, "oh aku ada duit emergency banyak ni". Kalau lah terguna, cepat2 ganti balik.

Oklah, selalunya lah kan, kita selalu tercuri duit untuk benda2 macam dekat bawah ni:
- makan
- shopping
- beli stok yang tak dapat dijual (contoh beli kain tapi tak buat apa2 dengan kain tu)

Dan kita akan mengalami dua masalah ni lepas kita tercuri duit tu:
- Akaun tak tally
- Duit Rolling semakin sikit disebabkan banyak faktor

AKAUN TAK TALLY
Untuk masalah ni, kita akan sakit kepala bila hujung tahun kita nak tutup akaun. Selalunya, dalam penyata akaun kita, duit masuk banyak, tapi duit keluar takde resit! Akauntan akan tanya, duit ni keluar sebab apa? Dah susah nak jawab. Yelah, korang guna duit tu bulan 1, bulan 12 dia tanya manalah nak ingat. Resit pula takde!

Risikonya nanti, kalau tak dapat cari resit tu, walaupun duit tu korang guna untuk beli barang company, duit tu boleh dikira macam korang guna untuk berjoli dan tak boleh nak tolak dekat income tax nanti. Dah kena bayar income tax sampai puluh ribu, tapi duit saving atau rolling nak bayar income tax pun takde. Nampak je konon2 dalam penyata bank, sepatutnya kau ada duit sebanyak ni, tapi sebenarnya duit dah suam2 kuku. Tak banyak mana pun. Kat sini lah nanti, kalau salah percaturan, kebanyakan bisnes boleh gulung tikar atau bankrap. Takut kan? Lagilah pulak korang guna Enterprise, kalau isytihar bankrap, dengan diri sendiri pun bankrap.


Nasihat saya,
Ambil tahu, apa yang boleh korang claim untuk income tax. Antaranya ialah:

- Makan / Minum
- Entertainment
- Belanja client / customer
- Zakat
- Kegunaan company (shooting, kalau tershopping baju tu, boleh la konon untuk guna shooting)
- Beli buku / majalah
- Minyak kereta / tol
- dan lain-lain

Untuk benda seperti di atas ni, perlu simpan resit dan kategorikan resit, tampal dekat kertas A4 dan filing kan. Amalkan masuk resit dalam kotak bila sampai rumah, bila ada waktu lapang atau kalau korang ada staff, minta dia tampal resit dekat A4.

Kalau korang tengok wayang ke karaoke ke terbeli handbag ke semua tu boleh buat atas expenses kononnya belanja staff atau client ok.

Dan hujung tahun, kalau terasa macam tak selamat dan nak kena bayar tinggi untuk income tax, apa kata ambil sikit duit untuk Zakat. Zakat ni akan tolak 100% terus dari income tax. Sekurang2nya tenanglah hati bila dapat bagi zakat kan dari bayar income tax hewhew

Bila nak beli kereta ke rumah ke perabot ke, beli lah atas nama company. Jadikan aset company. Walaupun sebenarnya enterprise ni walau macam mana pun kena dekat diri kita balik. Sekurang2nya apa yang boleh ditolak untuk income tax, kita cuba. Sebabnya kalau korang tak buat betul2 income tax ni, benda ni lah akan mengakibatkan korang cemas dan mana tahu tiba2 lhdn nak datang cek, tak ke naya. So dari awal bisnes, kena ada perancangan yang rapi untuk akaun bisnes korang. Hujung tahun jangan main hentam je ambil akauntan yang tak bertauliah, akibatnya akaun korang jugak yang rosak nanti! Tu terjadi pada saya banyak kali.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DUIT ROLLING SEMAKIN SIKIT AKIBAT TERCURI DUIT COMPANY

Hmm yang ni masalah yang selalu saya dengar. Mula2 bisnes ok, tapi lama2 duit tu hilang dengan sendirinya. Pelik kan? Mulalah rasa down dan nak tutup bisnes dan teruskan bekerja macam biasa. Sedihnya..

Macam saya cakap, PERANCANGAN KEWANGAN SANGAT PENTING!

Listkan dulu apa benda yang wajib dibayar setiap bulan:
- Sewa/loan rumah
- loan kereta
- Bil utilities (api/air/streamyx)
- Insurans diri
- Bil telefon
- Bil POSLaju (kontrak tiap bulan)
- Bil astro
- Bagi parent duit

Listkan Perbelanjaan Rumah tiap bulan:
- Groceries
- Pampers anak / baju dan kelengkapan
-  dan lain2

Dari list atas ni, korang boleh rancang berapa TARGET SALES yang perlu dibuat setiap bulan.
Kemudian, bezakan antara perbelanjaan sendiri dan perbelanjaan company.
Letakkan berapa yang perlu korang dapat sebagai gaji bulanan. Contohnya, gaji bulanan letaklah RM5000.

Dari RM5000 tiap bulan ni jelah, korang pakai untuk diri sendiri tanpa perlu curik duit company! Buat dua akaun. Satu akaun simpanan, satu lagi current akaun company.

*kalau ada perbelanjaan yang boleh claim (contohnya makan di restoran), yang ni tampal resit dekat A4 dan buat list dekat Microsoft Excel. Tiap 2 minggu atau hujung bulan, boleh claim.
Walaupun gaji sikit, tapi kalau claim inshaallah lah tak kacau gaji sangat. So gaji tu boleh lah jadi saving dan belanja groceries (groceries tak boleh claim).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ni baru saya listkan dua di atas, kalau company korang dah besar, benda atas ni tak pandang dah! Lagi sakit kepala bila korang kena fikirkan:

- Beli kain
- Bayar tailor
- Beli aksesori
- Sewa kedai
- Bayar kwsp/perkeso
- Bayar gaji staff
- Insurans staff
- Bil utilities office/butik
- Peti cash company
- Nak buat paper bag dan macam2
- huargghh banyak lagi

Kalau dari awal bisnes, korang tak reti nak listkan dan manage benda simple, bila bisnes korang dah besar, susah nak aturkan semua benda ni sekali.

Summary: Carta Alir Pengurusan Wang dalam Perniagaan


Kalau tanya saya, macam mana saya handle duit company?

Jawapannya, saya seorang yang tidak suka merumitkan otak. Tak suka nak berfikir lebih2 untung dan rugi. Saya akan berbalik kepada NIAT saya mulakan perniagaan ialah untuk mencari nafkah dan teruskan kehidupan. Bukan untuk besarkan empire atau mengejar glamour. Jadinya saya akan buat kerja dengan senang. Jika ada hutang saya cuba langsaikan secepat mungkin. Kerana, hutang tu yang akan membebankan dan menolak rezeki kalau kita lewatkan pembayaran.

Jangan terlebih mencongak kerugian dan keuntungan. Saya lebih suka ikut flow. Saya fikir dengan tenang. Kalau jual banyak ni, aku akan dapat banyak ni. Mungkin akan rugi kalau stok tak habis jual atau ada backout buyer. Tapi takpelah... Bila bisnes dah besar, baru fikirkan nak buat apa dengan barang yang tak jalan tu.  Maybe bagi Free Gift dekat customer? Bak kata CEO Mood Republik, lagi banyak awak bagi, lagi banyak awak dapat. "The Power of Giving"

Ini saja saya dapat share kali ni, segala kekurangan dan kesilapan saya minta maaf sebab saya cerita berdasarkan pengalaman. Ilmu akaun kurang. Belajar basic je masa study dulu. Semoga bermanfaat dari cerita kali ini. Jumpa lagi!

Mak buyung nak pergi ofis pulak lepas ni. Walaupun penat kugagahi jua.
*8 bulan dan menunggu masa hewww. doakan saya*




















CIRI-CIRI PEMILIKAN TUNGGAL Pemilik tunggal atau persendirian. Dimiliki oleh seorang individu yang mempunyai tanggungjawab peribadi terhadap hutang (liabiliti tak terhad). Kebiasaan modal diperolehi daripada simpanan dan pinjaman rakan dan saudara-mara. Mudah ditubuhkan dan tidak melibatkan prosedur yang rumit. Menanggung liabiliti yang tidak terhad. Berhak mendapat kesemua keuntungan dan juga menanggung segala juga kerugian perniagaan. Cukai dikenakan dalam bentuk Perseorangan melalui Cukai Pendapatan (LHDN). Jangka hayat perniagaan tunggal ini adalah terhad. Sekiranya pemilik perniagaan meninggal dunia maka perniagaan tersebut akan terbubar. Merupakan perniagaan yang paling banyak diamalkan di Malaysia. Contoh : Kedai Tom Yam Anie, Kedai Rucit Raya, Kedai Perabot Mas, Kedai Motor Abu dsb

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Powered by Blogger.
Designed By Boutique-Website-Design