Friday, October 16, 2015

BISNES TALK: Bagaimana nak survive dalam online business?

Hai assalamualaikum, berjumpa lagi kita untuk ilmu seterusnya! Tak kisah lah orang nak cakap saya ni tak pandai, share ilmu dekat blog. Sepatutnya boleh generate income dengan talk. Tapi takpelah, saya dah cukup dengan bisnes saya. Yang selebihnya saya sampaikan untuk kepentingan orang lain pun takpe. Semoga memberi manfaat

_____________________________________________________________________________

Seperti yang kita tahu, kita sebagai peniaga online tersangatlah terkesan dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang ni. Dengan adanya GST, tol dan minyak naik, currency pula jatuh.

Bagaimana kita nak survive di kala kos semuanya meningkat tapi dalam masa sama kita terpaksa menjual produk dengan harga yang rendah disebabkan pesaing pun semua berlumba2 buat sale dan bagi harga yang murah??

Tapi kawan2 sekalian ya, walau macam mana pun ekonomi, jangan risau sebab orang Malaysia kebanyakannya kuat berbelanja. Jom kita kaji dan tengok balik 5P untuk kita terus bertahan dan kekal dalam bisnes kita.

5P tersebut ialah:
- Product
- Price
- Place
- Promotion
- People

PRODUCT

 

PENIAGA BARU
Jika kita baru je nak start up bisnes, atau mungkin kita dah cuba berniaga jual produk A tapi tak berhasil, seharusnya kita tanya balik diri kita

1. Betul ke apa yang kita nak jual ni? Boleh ke kita bersaing dengan competitors yang terlalu ramai?
Tanya diri kita balik apa minat kita. Jangan tersasar. Bisnes ni pentingnya bila kita minat, kita akan buat benda tu dengan rela hati. walau tak tidur malam, tapi sebab seronok kita akan terus lakukan tanpa terpaksa. Kadang2 kita rasa nak jual tudung tapi takde hati, sebenarnya kita lebih minat jual dan makan nasi lemak. Jadi kat sini, jual jelah nasi lemak tu. Boleh je berjaya kalau pandai letak nasi lemak tu dekat stesen Petronas ke. Kalau satu Malaysia Stesen Petronas ada nasi lemak korang, tak ke gempak!

2. Adakah kita bisnes ni sebab minat atau ikut trend? 
Orang jual jubah, kita pun jual jubah. Mentang-mentang tengok businessman ni jual tudung ke jubah ke nampak macam kaya gila, tak semestinya rezeki kita pun macam dia. Maybe rezeki kita jual Produk B. Entah2 lagi berjaya nanti.

3. Apa yang saya nak jadi nanti? Peniaga atau Usahawan?
Bezanya peniaga ialah dia ialah followers dalam arena bisnes yang hanya mengikut dan meniru perkembangan trend semasa berbanding dengan usahawan seorang yang kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produk baru untuk customer mereka.

Jadi di sini, kita ni kalau ada orang tiru kita, jangan cepat melenting. Kita patut berbangga disebabkan kita dah jadi ikon oleh followers ni walaupun mungkin dorang tak admit benda tu. Biarkan mereka dengan labu-labunya. Sampai bila nak tiru pun lantak dia lah ye.

Untuk para peniaga yang baru berjinak2 dalam bisnes pakaian, takpelah kalau pada awal korang ambik barang dengan supplier walaupun barang tu sama dengan butik lain. Tapi slow2 korang cuba fikir design, cari tailor dan material.

Mungkin kita cakap, alaa aku tak kreatif, camne nak buat design? Jangan risau! Even top designer pun tengok Fashion TV, beli magazine omputih untuk dapatkan inspiration untuk produk dorang.

 PENIAGA YANG DAH BERNIAGA MUNGKIN LEBIH SETAHUN...

Jika kita dah berniaga dah lama dah.. tapi kenapa ya bisnes kita macam suam2 kuku. Orang lain cepat je naik. Tapi kita macam ni jelah. Apa silapnya?

1. Demand vs Supply
Masa ni tolong buat survey, lihat competitors apa yang mereka tawarkan dekat customer tapi kita tak buat. Mungkin trend sekarang suka dress berbunga, tapi kita masih tawarkan dress plain. Mungkin orang dah boring. Mereka perlukan sesuatu yang baru! Dekat almari mereka dah penuh semua warna dress plain mungkin

Kemudiannya, kita lihat market, terlalu banyak peniaga yang menjual tudung, makanya supply is terlalu tinggi padahal demand mungkin tak berubah atau semakin berkurang. Jadi apa kita nak buat? Mungkin di sini kita boleh kurangkan kuantiti barang kita. Atau pun kita cuba perniagaan lain

Jika kita aktif di fb, kita boleh lihat atau tanya pada kawan2 fb apa yang dorang nak. Ataupun kita sendiri perhatikan group2 mommies ke apa2 saja group, dalam group tu apa lagi yang rasanya mereka nak tapi supplier kurang?
Contoh disini, saya pregnant mom dan saya nak beli barut baby yang labuh dari bawah sampai ke dada. Tapi diluar sana orang hanya jual barut baby yang pendek. Kain keras pulak tu. Jadi kita sebagai usahawan yang bijak, selesaikan masalah customer ni dengan menawarkan produk yang orang lain kurang tawarkan (supply rendah)

 2. Be unique and Creative

Seperti yang saya dah bincangkan dekat atas. Jika anda rasa anda usahawan, Try cipta kelainan! Try cipta signature anda sendiri. Jangan jadi followers. Bila dah ada signature yang anda rasa orang akan suka bagai nak rak, buat promotion yang kebabom! Followers selalunya akan cepat mengalah, mereka akan cepat down pastu salahkan ekonomi yang teruk. So jangan jadi followers ya?

3. Material dan Kualiti
Pentingnya kualiti dalam kita nak jaga customer. Cuba bayangkan betapa susah kita nak cari New Customer, tapi kita tak jaga hubungan dengan dia. Kita bagi dia barang reject sebab kita dah tersalah beli kain atau tailor kita buat tahi. Rasanya customer tu nak repeat balik dengan kita? Non hado! Lagi dia bawak mulut dia yang power p kutuk brand kita dekat kawan2 dia

Dari segi material pula, pilihlah material yang korang suka pakai. Nescaya customer pun suka. Orang malaysia ni suka sangat kalau boleh ironless lah pinless lah. kalau boleh dorang nak tadah je badan, dah ada baju siap terpasang. Haa gitu.. So sebagai Entrepeneur yang bijak, fikir2kan lah. Kalau rasa bisnes tak jalan, maybe silap kita dari segi kualiti yang kita tawarkan.


source: google

PRICE

 Pricing Strategy Matrix: Anda yang mana satu?


1. Target Market

Bila cakap pasal Pricing, cuba korang tengok balik harga yang korang tawarkan. Adakah korang letak harga secara hentam kromo? Atau korang ada Target Market?

Sejujurnya, peniaga yang ZERO knowledge macam saya satu ketika dulu, mesti semua benda pun hentam saja. Ya kan? Jadi sekarang kita ubah dan set balik pricing kita mengikut target market seperti di bawah

LOW income - student, remaja yang baru start keje, dll
MEDIUM income - young executive, dll
HIGH income - datin, datuk, puan seri, anak orang kayee

Pada permulaan radiusite, harga yang kita tawarkan serendah rm10 - rm60 je.
Student dan orang yang baru masuk alam pekerjaan ialah target market kami.
Tudung rm60 tu macam tudung kahwin, jadi orang yang nak kahwin je beli.

Bila dah masuk beberapa tahun bisnes, saya cuba naikkan target market dari low kepada medium di mana saya sasarkan kepada executive level. Di sini, even student dan orang yang dah tua pun masih ada lagi dalam kelompok target market saya. Harga kali ni dari rm39 - rm89

Di sini, bukanlah saya nak cakap korang kena dari low kena naik sikit2 sampai jual dekat High income punya orang. Tapi saya just nak bagitahu jangan salah target market dan jangan salah letak harga. Yelah, takut nanti korang punya barang ada harga rm19, tetiba ada pulak barang ni harga rm300. Kan ke beza tu? Haish susah nak terangkan. haha

Semua level income pun, sebagai usahawan kita masih boleh berjaya jika kena caranya. Sebagai contoh, orang yang jual di pasar malam, boleh je kaya walaupun jual harga RM10. Bagaimana cara mereka promo? Apa beza dengan kita? Tu kena tanya diri sendiri

 2. Lihat competitors

Sila jangan malas untuk compare harga kita dengan competitors. Maksud competitors di sini ialah mereka yang jual produk sama dengan price range yang sama dengan kita.

Kalau competitors tu meletop, dia jual RM159. Kenapa kita nak jatuhkan harga dengan letak rm100 saja? Jual jelah Rm159. Jangan tutup periuk nasi orang. Dekat situ pun kita dah buat silap dengan adanya niat tak baik dalam diri. Orang yang dengki dan busuk hati ni selalunya susah nak survive tau.

3. Jangan jatuhkan harga barang

Macam saya cakap tadi, jangan sesuka hati drop kan harga dengan harapan kita dapat ramai customer dan dapat curi customer competitors kita tadi.

Kebanyakan mentaliti customer di Malaysia ialah mereka berpendapat barang yang mahal tulah barang yang berkualiti dan ada brand. Mereka akan pergi kepada peniaga yang jual harga mahal tapi dorang minta murah lah haha. Tapi kalau korang jual harga murah, dorang dah set dekat kepala, ooo ni mesti barang murah cap ayam

Kesan buruk juga bila kita main2 harga, peniaga yang jual harga mahal ni akan kekurangan pembeli. Dan satu hari nanti kos makin melambung, tapi kesiannya dengan peniaga macam kita masih kena jual produk dengan harga yang murah. Adakah anda faham? Ini yang membuatkan kita susah nak survive dan sustain. Kita boleh jatuh rebah ke tanah sebab rugi dan malang bertimpa2


PLACE

Untuk zaman sekarang ni, Place dibahagikan kepada dua:
- Physical store
- Online Store

Physical Store
- Butik / kedai
- Pemilihan berdasarkan lokasi yang strategik dan one stop centre
- Boleh ke kita duduk di ceruk atau hulu? Boleh ke bisnes kita berjalan? Sudah tentunya boleh kalau kita tahu kuasa branding dan marketing power!
- Berapa kos untuk buka physical store?
- Siapakah target customer berdasarkan demografik segmentation?

Online Store
- kita ada website, instagram, fb dan sebagainya untuk kita jual barang
- Kos untuk kita run bisnes dalam online store jauh lagi murah berbanding physical store
- Kalau takde orang shopping haritu pun takpe, takde pembaziran aircond, api air, staff lagi. kalau physical store? orang tak datang haritu? omg pengsan!
- Berapa kos untuk buka online store?
- Customer seluruh dunia kita boleh capture. 24 jam seminggu tanpa henti. Tapi promotion kita pula macam mana? hihi



Inilah ofis pertama saya pada Jan 2011. Disini juga studio dan tempat display pakai railing biasa je. 
Sewa RM700. Saya stay sini sampai mid 2012

Persoalan: Perlu ke kita buka butik in early stage?
Selalunya persoalan ini berlegar2 untuk peniaga online lah. Sebelum ni mereka berniaga menggunakan blogspot, whatsapp, facebook.

Jawapan saya: Kalau anda belum guna lagi website, apa kata laburkan duit buat website dulu. Dengan website, kita boleh ada sistem yang lebih tersusun dan dapat menarik trafik dari google search kalau kita pandai menggunakan keyword yang betul.

Cari ilmu dan belajar mengenai keyword, SEO, Google Ads, Fb Ads. Ini dah cukup untuk kita berniaga dalam website. Kalau kita still berniaga menggunakan IG dan FB, agak sukar untuk kita linkkan marketing menggunakan keyword nih dan capaian customer kita hanyalah berlegar2 dalam kelompok fb dan ig tu saja.

Kita perlu tahu, kos overhead untuk perniagaan online jauh lebih rendah berbanding kos membuka physical store. Antara kos yang diperlukan untuk membangunkan website:

Website builder: rm4000 - rm20000 (ada lagi mahal sebenarnya)
kalau radiusite dulu hanya rm3800
Kos Hosting - setiap tahun
Kos internet
Kos utiliti (jauh lebih murah dari kedai)
Kos kalau ada staff
Kos shooting
Kos marketing

JIKA dibandingkan dengan physical store yang perlu ada:

Kos renovation
Kos sewa 3 + 1
Kos sewa bulanan
Kos utiliti yang terlalu berbeza dengan kos kediaman
Kos Promoter (tak termasuk admin)
Kos KWSP Perkeso dll
Kos shooting
Kos Marketing
Kos baiki kedai kalau problem
Kos kenaikan harga sewa kedai
fuhh banyak lagi kos sebenarnya...

 Lagi satu, saya sendiri pun suka beli online berbanding beli di butik. Kekangan masa membuatkan perniagaan online lebih diminati oleh orang yang busy macam perdana menteri

Antara persoalan lain ialah
Bila dah online bisnes ni, ada pulak customer tanya 'ada kedai tak? nak rasa dan tengok kain lah'
Pastu peniaga ni mulalah fikir ruginya takde butik, melepas seorang customer.

Jawapan saya: Apa nak risau? kalau ada rezeki ada lah. kalau dia taknak jadi customer kau, ramai lagi orang lain nak beli - jawapan cliche.
Jawapan ni hanya untuk mereka yang jaga kualiti ya. Kalau rasa korang jual barang takde kualiti, ye customer tu beli, tapi sukar untuk kita pegang dia jadi loyal customer kita. Berbalik kepada tajuk utama, thats why anda tak boleh nak survive :D

PERSOALAN: PERLU KE JOIN EVENT / BOOTH / VENDOR CONCEPT STORE

Sudah tentu perlu! Kenapa?
- Create brand awareness / branding your own brand
- Gain new customer
- Impak dari brand yang lain (dapat customer dari brand lain)
- Menjaga repeat customer
- Dapat income lebih (kalau tak rugi)
- dan banyak lagi..

Dalam kita join event seperti Mood Republik, jangan lupa untuk dapatkan data customers. Kita perlu tahu siapa mereka! Penting untuk kita menghasilkan produk kena dengan target market kita.

Jika boleh, Owner brand perlu turun sendiri dan layan customer. Mereka akan lebih terasa dihargai. Beri diskaun RM1 pun mereka da happy. Bagi free gift!

TAPI.. kadang2 ada juga event organizer atau vendor store yang tidak mementingkan kita sebagai tenant. Sale teruk, kita harapkan mereka untuk jaga kita last2 kita yang rugi. Benda ni amat menakutkan kita sebagai usahawan kecil.

Jadi apa nasihat saya?
Jadilah usahawan yang bijak. Pandai memilih event organizer dan vendor store yang betul. Contoh Mood Republik. Berhabis berpuluh2 ribu untuk promotion dan marketing. Sebab mereka tahu, mereka ambil duit tenant dan selayaknya duit tu dilaburkan untuk kepentingan bersama! Bukan makan sorang dan bayar duit sewa ke apa ke. Duit sewa api air mestilah kena bayar. Tapi promotion mana promotion??

Kita juga sebagai tenant, perlu juga membuat promotion (bukan sekadar di instagram atau fb kita) tapi gunakan kuasa FB ADS untuk menarik customer ke booth kita! Event organizer dah cuba tarik customer ke event tersebut, jadi kita perlu rebut customer tu ke booth kita pulak.


Maafkan saya banyak bagi contoh Mood Republik. Tapi sebagai seorang tenant yang dari hari pertama support event mood republik, Mood Republik tersangat bagus dan memang membantu kami untuk survive dalam keadaan ekonomi yang seperti ini.

Banyak brand baru yang bila masuk Mood Republik, brand dia awesome! berkembang dengan tersangat cepat dan menjana pulangan yang banyak! Ceo & Coo Mood Republik banyak share ilmu dengan kami tenant dan alhamdulillah kami praktikkan dan berkesan.

PROMOTION

 Word Of Mouth (wom) - Traditional marketing yang kita boleh apply untuk boost sale


Terbahagi kepada dua:
- Traditional (Newspaper, TV, Radio, Magazine, WOM, Friend/relatives)
- Online Promotion (FB ads, IG, Blogger review, Google ads, etc)

Yang mana satu perlu kita lakukan? Sebagai peniaga baru sudah tentu kita tak cukup modal untuk buat marketing yang besar. Jadi kita terus pergi kepada Online Promotion ya. Saya akan tekankan hanya dua:

- FB Page (Fb Ads)
- Instagram (Instareview, Game, Tag & Win, Hashtag dll)

Facebook
Sekarang ni jika kita ialah business page, walaupun ada 1 juta like sekalipun, tapi post kita sudah tentu tak berkesan kerana FB dah hide page kita dari dilihat oleh orang ramai. Kalau nak orang tahu mengenai promotion, produk kita, bayarlah! ingat free ke? kata Mark Zurkeberg

Jadi nak tak nak, kita terpaksa buat FB Ads untuk bagitahu sekalian rakyat jelata, kita ada jual ubat ketiak, ubat peninggi dan lain2.
  
Fb ads tolong kita dari segi:
- Drive online sales
- Increase local sales (butik, event, etc)
- Promote your new product
- Raise brand awareness (Branding)

Selalunya saya banyak buat Ad Post je. Contoh seperti di bawah:



Saya taklah terer pun buat marketing bagai. Tapi ni saya share lah sikit. Seperti yang kita tengok pada gambar di atas,

Saya spent usd150 untuk promote satu gambar produk yang baru je saya launch. Tudung ni banyak jadi saya gunakan kuasa FB Ads untuk habiskan stok lah kiranya.

Dekat situ boleh nampak Target Market saya
- Age: 17-47
- Gender: Female
- Interest: Tudung online, Hijab dll
- Location: tengok sendiri gambar di atas. Saya target kan kepada yang berada berhampiran butik saya dan juga bandar2 besar di Malaysia seperti Kota Bharu, Kuching dll. Yang saya rasa customer saya banyak berasal dari sana.

Lihat pula pada caption saya, 15 SAAT DAH SIAP! TIDAK PERLU KERONSANG!
Jangan nak tulis NANTIKAN HARI KHAMIS 17 OKT BLA BLA BLAAAAAA...

Ingat orang Malaysia rajin nak baca? Tanya diri kita sendiri, kalau kita tengok post viral dekat fb, mesti ayat nak power je. Contohnya NORA DANISH TERKANTOI.. MH370 dah jumpa di...

Mulalah kita terkapar2 nak klik jugak walaupun sebenarnya takde isi pun ceritanya!

Tips: Spend more to get more.

Instagram
Instagram pun nak jadi macam Fb jugaakkk. Lepas ni memang tak bergunalah ada 500k followers sekali pun, IG anda akan di hide jugak dari followers. Apa nak buatt? Pening sudah. Dah lah bisnes makin susah, instagram yang dulunya free, sekarang dah nak kena buat iklan pulak.

Di sini lah kita kaji balik dan teliti dari semua aspek:
- Caption
- Hashtag
- Gambar
- Engagement
- Contest / Game
- Review dari instafemes

 Dan jangan sesekali kita buat benda ini:
- Swap review yang melampau. Sampaikan 10 minit 10 review
- Spam comment dekat page orang lain
- Bayar IG review dekat instafemes tapi hanya gambar produk yang tak menarik dengan caption panjang berjela
- Tag orang lain untuk suruh tengok page kita. Tapi melampau sangat tag nya
- Guna Hashtag brand lain
- Gambar yang tak menarik dan pecah

Next post saya akan share pasal Instagram ya. Kali ni tak sempat sebab panjang sikit ceritanya.


Tips: Gambar yang menarik dan engaging dengan customer seperti gambar OOTD sangat penting. Sebab nampaklah bagaimana baju ni dipakai. Kalau setakat gambar produk dekat studio, nampak sangat macam direct seller pula nak paksa2 orang beli. Customer tak suka


PEOPLE

Untuk People pentingnya networking dan berbaik dengan:
- Media
- Business Owner / Competitors
- Supplier / Tailor
- Agent / Personal Shopper
- Celebrity / Instafamous
- Customers
- Photographer / Videographer
- Staff


Dan saya akan tekankan hanya untuk:

Business Owner / Competitors
- Saya sendiri pun jenis anti sosial kerana terlalu sibuk dengan aktiviti harian. Dengan jaga anak lagi, uruskan bisnes dan staff lagi. Tapi saya masih berkesempatan diberi peluang berkawan dengan orang2 yang baik dan sebulu dengan saya. Antaranya Yana Calaqisya, CEO dan COO Mood Republik Kimi dan Yusri.

Kami bersatu dan sentiasa berbincang mengenai bisnes, keadaan ekonomi sekarang, masalah2 yang timbul, dan banyak lagi aspek yang lain. Di sini, selain dapat tambah ilmu, kita juga dapat moral support dari each other. Walaupun saya dan Yana ialah pesaing, tapi kami tiada masalah. Dia dengan produk dia, saya dengan produk saya. Kami respek dan tidak tiru design antara kami. Kalau dia atau saya terbuat design yang sama, kami saling wassap " eh baju aku macam ko lah.." pastu saya reply "ala mana sama pun. walaupun hakikatnya nampak sama" hahaha.. tapi disebabkan respek kita cakap benda ni direct. Tak perlu sembunyi, at last orang tahu dan sakit hati.

- Untuk peniaga baru, korang pun cari kelompok korang sendiri. Berkawan sesama peniaga lain. Tak semestinya nak kena berkawan dengan CEO bagai untuk kita berjaya. Tapi kalau dapat peluang tu, cuba grab!


Supplier / Tailor
- Build trust dengan mereka nescaya kita akan dapat sesuatu. Contohnya dapat credit term. Bila dapat credit term ni, kita dapat perbesarkan modal tanpa buat pinjaman. Mereka ni bukan Ah long yang kalau lambat bayar, kena charge interest. So buat baik.

Macam mana nak buat baik? Tunjukkanlah kehebatan korang jual barang je habis. Pastu bayar tak delay. Atau branding korang kuat. Dah tentu dorang percaya dan bagi credit term.

Bila dapat credit term ni, jangan pula lengah2 bayar. Dapat je duit, bayar hutang terus. Duit yang ada kita gandakan modal. Jangan nak happy sangat makan besar, shopping bagai nak rak. Lupa hidup ni lama lagi. Lepas dah takde duit, baru lah tercari2 modal baru. Kan dah susah


Media
-Pentingnya media dalam perniagaan kita di mana mereka akan tolong feature kan kita dalam tv, surat khabar, majalah dll
- Kalau kita brand baru, apa salahnya kita cari mereka. Sponsor majalah ke sponsor rancangan tv ke. Jangan nak perigi pula cari timba. Usaha kena lebih
- Bila dah kenal dengan wartawan / editor, kita jaga hubungan. Next time kalau tak dorang panggil kita shoot lagi, maybe dorang suruh pulak TV3 ke interview kita. Kan ke seronok orang kampung tengok kita keluar TV?

Customer
- Terpaling penting dalam bisnes ialah PELANGGAN kita
- Tanpa mereka, sape nak beli produk korang yang sekali produce sampai 5000 pcs tu hehe
- Jadinya di sini, apa perlu kita buat dengan customer? tu usah dicerita, saya percaya semua pun tahu apa nak buat. Saya hanya listkan di bawah untuk korang recall balik dah pernah buat ke belumm,

1. Jaga customer yang ada. Untuk jaga mereka juga lebih murah kosnya berbanding new customer yang perlu kita cari dengan kos marketing yang baru.
2. Dalam masa sama sentiasa cari customer baru. Goal kita ialah menambah customer dalam masa sama tidak hilang customer yang sedia ada
3. Untuk jaga customer yang sedia ada, antara yang perlu kita buat ialah, bagi Free Gift, diskaun, membership card, kupon untuk next purchase dan banyak lagi.
4. Train staff kita untuk sentiasa mesra dengan customer. Saya tahu bukan senang nak ajar staff ni. Saya pun asyik failed dan customer tersangat marah. Jadi apa perlu dibuat kalau kes begini?
5. Jaga kualiti / servis


Rasanya itu saja yang dapat saya kongsikan setakat ini. Semoga memberi manfaat. Jika ada tersalah dan terkurang, maafkan saya. Hanya manusia biasa yang tidak lah banyak manapun pengalaman cumanya nak share dengan mereka yang mungkin tiada siapa2 disisi untuk support bisnes. Saya tahu kita semua penat dan tak larat lagi2 dengan ekonomi yang semakin menjerat. Untuk kita maintain sangatlah susah jika tak kena gayanya boleh mati. InshaAllah jumpa lagi kita untuk post seterusnya. Assalamualaikum ;)



Powered by Blogger.
Designed By Boutique-Website-Design