Pengalaman mengandung dan bersalin anak pertama di Avisena Shah Alam

Walapun Ayra dah umur 2 tahun, tapi nak tulis jugak pengalaman mengandung dan bersalin dia. Semoga nanti bila dia dah besar, blogspot tak kena block lagi dan dia boleh baca macam mana dia dilahirkan ke dunia ni


Pengalaman mengandung

Ika antara yang lambat mengandung walaupun dah kahwin lebih dua tahun. Kahwin Mei 2010, dan dapat tahu pregnant Nov 2012. Masa tahu pregnant tu punyalah happy! Sebenarnya dari kecik lagi Ika takut nak pregnant. Dari form 3 tanya cikgu sekolah, senang ke nak beranak dan Ika selalu fikir takut nak kahwin sebab takut nak beranak.

Dua tahun kahwin, family dan kekawan asik tanya, bila nak mengandung. Mak pulak lepas je majlis kawin, dah siap readykan baju lama anak sape tah masuk dalam almari mengharapkan dia cepat dapat cucu. tapi kitorang buat dek je. tak makan dalam punya tapi sekarang ni  pelik lah kenapa ramai orang emo kalau orang tanya dia pregnant atau tak. Relaks lah. hehe

Tapi mesti ada orang nak tahu camne Ika boleh pregnant kan? Sebenarnya period jenis yang tak teratur dari form 1 lagi. Kadang2 dua bulan sekali, 4 bulan sekali baru period. Masa  nak try untuk ada baby, Ika beli ovulation test dekat farmasi, macam pregnancy test jugak. Tujuan benda tu untuk tengok kita subur atau tak time tu. Orang cakap kalau nak pregnant fikiran tak boleh stress, jadi kitorang pun pergi bercuti ke bali selama 5-6 hari. Balik tu try lah tester tu dan time tu alhamdulillah subur!

Sebulan lepas tu, badan dah mula tak sedap. Asyik menggeletar je. Try lah beli pregnancy test dan macam tak percaya positif! Selama ni kalau try mesti negatif je.  Malam tu jugak terus cek dekat Hospital Umra. Time tu samar2 je nampak kantung baby, dan doctor suspek mengandung luar rahim. Pengsanlah berapa kali pergi Umra nak ambik darah bagai. Lepas tu, ok pulak takde apa2. Alhamdulillah

Lepas tu, malas dah cek dekat Umra, pegi la sambung cek dekat DEMC. Dekat sikit dengan rumah. Ika cuba nak dapatkan Dr Norleen memandangkan ramai bagi positif komen pasal dia. tapi tak dapat sebab first pregnancy katanya. So dapat lah Dr Mazita Mashor. Ok lah Dr ni, lembut, sopan, suka senyum, baik dan laju punya orang. Tup tup siap. Boleh balik.


Masa tahun 2012- 2013, kos untuk check up seperti di bawah:

Check up (DEMC)
24 Dec 2012- rm145
29 Jan 2013 - rm217.80
28 Feb 2013 - rm283.30
25 Mac 2013 - rm156.30
19 April 2013 - rm310
30 April 2013 - rm169.75
30 Mei 2013 - rm181.30
1 Julai 2013 - rm169.75

Bil bulan 6 tak jumpa pulak. So tulah overall bayaran untuk check up je..saje je lah share kot korang nak tahu kos kan.

Sebenarnya time pregnant kan Ayra ni, Ika punyalah malas dan ini memang menjejaskan bisnes. Dah lah time tu, baru je setup Dreemika. Memang Ika ignore habis dan hampir nak tutup pun Dreemika tu. Radiusite pun agak menurun sebab memang tak dapat bagi tumpuan. Design tah pape. Ika suka duduk rumah je dan harapkan staff buat kerja.

Awal 3 bulan kandungan pulak, alahan tak boleh bau nasi dan tak boleh dengar nama ikan salmon. Yang tu memang boleh buat muntahlah.Yang boleh makan jagung dalam cawan tu je. Hari2 makan benda sama.

Tapi yang bagusnya, time pregnant Ika kuat berjalan. Boleh kata tiap hari mesti pegi shopping mall atau pergi taman. Kalau pergi taman mesti pusing 2-3 round. Ni semua sebab orang cakap, kalau banyak jalan senang beranak. Kalau pergi oversea tu, sampai kandungan 6 bulan still naik flight lagi pergi vietnam hehe..

Oh ye, selain tu Ika juga ambil shaklee masa pregnant. Antaranya ostematrik, Vita-lea, Omega, B Complex, susu dia apa tah nama. Selain tu, minum jugak susu kambing hi goat, air zam zam, kadang2 bancuh pati dilema. Kiranya memang jaga betul kandungan pertama nih. Tak minum air gas dan tak makan fast food semuanyalah.

Time pregnant Ayra ni kena pulak Gestational Diabetes sebabnya Ika terlampau kuat makan manis. Biskut famous amos memang jadi kawan baik. Bayangkan satu bungkus famous amos yang manis tu boleh abis dalam masa sehari. Masa kena Diabetes ni, ingat tak bahaya. Sekali tu baru tahu bahaya ada diabetes ni antaranya anak akan lahir besar, anak kena hypo apa tah dan boleh beranak premature.

Tabiat yang tak boleh blah time pregnant ni, Ika suka betul scan baby dalam perut. Pernah sampai tengah malam pergi carik klinik yang boleh scan dari shah alam ke klang tapi semua pun dah tutup. Balik rumah nangis-nangis sebab nak scan jugak.  Tapi tulah  tak elok tau scan baby selalu.

Sebenarnya time mengandung ni, kitorang dah beli rumah baru dan nak juga pindah masuk rumah tu sebelum beranak. Jadinya memang super busy lah dengan kena jumpa kontraktor, nak beli perabot dan lain2. Last2 tu sebab takut tak sempat nak menghias rumah, kitorang upah ID je untuk deko rumah tu.

EDD 28 Julai 2013 bulan puasa. Kalau boleh memang nak sangat beranak awal. Kalau boleh nak beranak before raya.. Tak kisah pun nak induce semata2 nak beranak cepat.  Ika nak induce tarikh belas haribulan. Sekali tu, bila pegi checkup, ada keputihan pulak. Terpaksa doc masukkan ubat dan tak boleh induce. kalau nak jugak datang 21hb. Masa tu bila fikir, lagi sikit je due date. Malas nak induce dah.

Masa dah nak due ni, Ika sempat lagi pergi bazar ramadan tiap hari sampai kawan2 yang terserempak pun  takut tengok perut  dah besar tapi bersempit2 dekat bazar ramadan. Makcik dekat bazar pun siap cakap ni dah tak lama beranak lah ni haha..


22 Julai 2013
Sehari sebelum beranak, sempat pergi ikea carik perabot, lepas tu siap pergi sungai buloh carik pokok untuk rumah. Panas tau tapi macam biasa, Ika tak kisah. Pastu, pegi bazar ramadan pulak tapi ika tunggu dalam kereta je. Husband beli makanan sorang..  Time dalam kereta tu terasa perut lain macam. Sakit sangat dan rasa pelik sebab sebelum ni tak pernah sakit macam tu tapi still boleh tahan. Sakit tu tak lama. dalam 30 minit.


23 Julai 2013
Malam tu, cadang dengan hubby, esok lepas subuh nak pergi pasar. Tapi lepas je subuh rasa ngantuk sangat dan terbatal lah niat nak pergi pasar. Pukul 7 pagi pulak terjaga terasa nak kencing. Jalan pegi toilet, tiba2 depan pintu popp.. terkencing ke nih? Basah lantai tapi tak lah banyak sangat. Ika pun jerit, abanggggg.. hubyy pun meluru dan cakap kat dia air ketuban dah pecah

Masa tu lupa kalau air ketuban pecah kena cepat2 pergi hospital jadinya ika pun slow slow je pergi mandi. Lepas mandi, boleh lagi pegi rumah sewa lama dan bukak komputer siap buat kerja lagi. hahahaha. Pukul 9 pagi baru pergi DEMC. Masa tu boleh pulak terlupa time tu puasa semua kedai makan tutup. Baru bercadang nak breakfast dekat mamak ke. Adui. jadinya sepanjang nak beranak tu perut ika kosong tau. tak makan apa.. T__T

Masuk je labour room, nurse cek bukaan dah 4 cm. wow seronoknya sebab tak rasa apa. Pastu nurse tanya nak epidural ke. Dengan lajunya cakap Ye Saya Nak. Masa nurse/doc cucuk tangan dan belakang badan, saya relax je.. memang dah biasa kena cucuk ambik darah bagai ni. Pastu nurse cakap, nampak gaya awak ni tahan sakit tapi kenapa nak ambil epidural.

Time tunggu bukaan, Ika dok relaks buat status dekat facebook, update ig, call kawan cakap 'hey aku nak beranak' haaha.. pukul 12 lebih camtu  barulah mula rasa sakit. Rupanya nurse dia kontrol epidural tu. Dia tak bagi maximum dos tau. So dapat jugalah merasa kesakitan tu. Memang sakit contraction tapi tak rasa full. Tapi walaupun tak rasa sakit macam patah tulang, still sakit jugak siap pegang2 besi katil bila contraction datang. Kurang asam nurse, awat tak bagi full. Tapi bagus jugak, sekurangnya kita tahu bila time nak meneran.

Pukul 1 lebih dah 10 cm bukaan, nurse cakap doctor dah otw. Jadinya doctor datang je terus suh push. Ika push dua kali je pastu doc cakap nak tolong. Ingatkan tolong apa, sekali tu dia pakai vakum daa.. hahaha. Ayra pun divakum dan taraaaa dah selamat keluar baby baru! Hubby kemain excited tengok baby keluar macam tengok movie katanya.

Lepas je bersalin, baby diletakkan atas katil dia, cuak pulak nak tengok. Sebab bila tengok sipi2 nampak baby tu macam kelabu. Kenapa warna macam tu..huhu.. Lepas tu, doc nak jahit bawah sebab doc gunting rupanya. Saya tanya kenapa gunting, doc boleh cakap dah kepala anak kamu besar. ahhahaha. Berat ayra masa lahir 3.35kg

Masa doc nak jahit, Ika cakap kat doc, try cucuk dulu, kalau Ika rasa sakit silakan bius. Pastu doc bius, fuh memang tak terasa kena jahit. time kena jahit tu, sempat call parent dan kawan2. Dorang tak percaya Ika dah bersalin..

Alhamdulillah untuk pengalaman pertama. Memang senang lahirkan ayra.
Tapi lepas je jahit tu, rasa mengantuk sangat dan Ika pun tertidur lama.. Bila bangun je, dah ada dekat wad.. Nurse datang cek dan minta pergi toilet untuk kencing. Ika pun bajet dah kuat, tetiba time tu rasa nak jatuh dan masa tu perut pulak angin.Habis muntah dekat nurse. ni semua sebab tak makan apa2 dari pagi.

Sebenarnya lepas Ayra lahir, kadar gula dalam darah ayra rendah (hipoglisemia) maybe kesan dari Diabetes masa hamil.. tapi alhamdulillah lepas tu ok.

Habis jugak cerita panjang tah apa2 ni haha. susah betul nak tulis blog dengan ada anak kat sebelah ni asyik suh teman dia main. nanti next time Ika cerita pulak pengalaman mengandung anak kedua nih haa.. due date dec 2015. tak sabar rasanya!




Raya Pertama Ayra 2013

Share this:

JOIN CONVERSATION

10 comments:

  1. Menanti ika kembali menulis blog. hihi.
    Pengalaman kan ika.
    Semoga dipermudahkan bersalin utk yang kedua dan seterusnya.

    ReplyDelete
  2. tq fariza. hehe. sebenarnya lama dah tulis tapi baru sempat post semalam. tq selalu baca blog ika ^_^

    ReplyDelete
  3. Suka bce blog ika,smga dpmudhkan sgala urusan shingga bslin nanti..due ble??

    ReplyDelete
  4. saya pun suka scan baby..mmg excited sgt kalau nk gi checkup..hehee

    ReplyDelete
  5. lucunya baby tuhhh..
    tapi aku takut sekali mengandung >_<

    Nonton film HD

    ReplyDelete
  6. Dapatkan pemeriksaan antenatal dan 5D ultrasound di Poliklinik Az-Zaara.

    5D scan (RM160) + 2D early scan to confirm date + 1 Keping Gambar Berwarna = Harga Promosi RM 75 (kandungan 11-14W)

    5D scan (RM160) + 2D Growth Scan + Gender Scan (RM55) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD = Harga Promosi RM120 (kandungan 24-32W)

    5D scan (RM160) + Detail scan (RM150) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD + Full report = Harga Promosi RM200 (kandungan 18-24W,max 28W)

    PM kami/ Call/whatsapp kami di 03-42663686/011-52300300

    https://www.facebook.com/poliklinikazzaaraampang/

    ReplyDelete
  7. Perhatian !!! Perhatian !!!!
    Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2% kepada orang ramai, syarikat dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah difahami, terma dan syarat ini.
    Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Sila memohon sekarang melalui e-mel kami dan anda akan gembira anda lakukan kerana kami akan membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu.
     
    Emel kami di: (Caroljonesloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  8. PErkongsian yang sangat bermanfaat. terima kasih

    ReplyDelete