Monday, September 22, 2014

Bisnes Talk - Cara Mempromosikan Bisnes 1.0

Assalamualaikum.. tak tahu lah ada orang baca ke tak blog ni.. tapi disebabkan semangat yang berapi-api nak tulis blog balik, kita kena jugak perah otak nak tulis pasal apa.

Kalau nak sambung cerita bercuti di Istanbul, kepala macam dah beku. tak boleh fikir dah. Nak cerita pasal minat memasak, gambar takde. Kang orang kata menipu pulak. Jadinya, ika nak cerita sikit pasal bisnes. Bagaimana nak mulakan bisnes tanpa modal yang banyak, tanpa ada link dengan orang popular dan lain2. Senang cerita, bagaimana nak mula dari bawah dan takde siapa untuk bergantung. Macam ika.



Cara Mempromosikan Bisnes Dulu-dulu

Sekarang ni, kalau nak bisnes, jalan lebih mudah dan senang. Banyak peluang untuk kita naik. Yang pandai tackle orang femes ke artis ke senang lah. Tup2 terus femes. Bukan macam 3-4 tahun yang dulu, punyalah susah nak kenalkan bisnes dekat orang ramai. Masa tu masih belum ramai lagi orang ada facebook, blog, apatah lagi instagram langsung tak wujud.

Jadi, bagaimana ya ika mempromosi radiusite sehingga dikenali ramai? Tanpa bantuan iklan facebook dan instagram? Mungkin tips dibawah dapat korang kaitkan dengan cara promosi sekarang.

1) Dulu ramai yang aktif berblog. Antara blogger yang dah lama ialah Irine Nadia, Cik Epal, Hanis Zalika, Nadia Bayu dan ramai lagi. Masa ni mereka dah femes. Ramai baca blog dorang. Jadinya, macam ika sendiri bagi tudung free dekat Nadia Bayu dan dia banyak tolong promote bisnes ika. Masa tu pun dah ada produk review kalau korang nak tahu.

2) Kalau perasan lah dulu2 dekat blog ada kotak shoutbox untuk blogger2 ni berchatting. Jadinya ika memang dah target, satu hari mesti post iklan lebih dari 50 blog. Memang menjadi!

3)  Keluarkan produk baru lebih cepat dari pesaing anda. Pada permulaan bisnes, ika memang tak buat sendiri tudung. Boleh dikatakan kebanyakan stok diambil dari Jalan TAR. Jadinya ika lah penjual online yang selalu jadi yang terawal keluarkan corak2 baru dan design baru. Sanggup redah dari Putrajaya ke kl untuk ambil stok hari2.

4) Keluarkan produk baru yang lain dari lain. Haa yang nih lah ika buat dan cepat je nama Radiusite dikenali dan kalau keluar 100 helai tudung je sehari habis! Masa tu ika keluarkan Shawl Ribbon. Beli shawl kosong dan ribbon. Jahit je. Tapi hit dia memang meletup!

5) Rajin buka booth. Kalau dulu buka booth, sale tak lah meletup dibandingkan dengan buka booth masa sekarang. Yela, sekarang trend dah lain. Buka je booth, berduyun orang datang. Jadi, untuk yang baru nak mulakan bisnes, jangan malas untuk join booth ok?


Yang atas ni adalah cara promosi 3-4 tahun lepas. Kalau sekarang ni, apa pula ya yang kita boleh buat untuk promosi bisnes kita?


Cara Mempromosikan Bisnes Sekarang!

1) Instagram! Sesiapa yang buat bisnes dan takde instagram page, wajib buat sekarang jugak! sebab instagram antara no #1 free marketing platform untuk kita jual produk kita.

Bila dah ada page instagram, mulalah pening bagaimana nak tarik orang untuk follow ig kita ye tak? Ok ni antara tips untuk tarik orang follow ig kita:

- Buat review berbayar dengan instagrammer femes seperti Irine Nadia, AtitaHaris, DenaBahrin dan ramai lagii..

- Bagi produk percuma dekat kawan2 atau instagrammer femes jugak. Kadang2 orang2 femes ni malas layan kita kan? Bukan malas, kadang2 dorang ni bz dan kurang masa :p Jadinya, kita bagi kawan2 kita untuk try produk kita dan paksa dorang letak gambar dan tag Ig bisnes kita. Boleh la tolong tarik sorang dua follow ye tak? Takpelah sikit, kita bisnes dari bawah kan? Tak perlu terkejar2 sangat. Belajar dari bawah lagi bagus.

- Swap review dengan bisnes IG yang lain. FREE je. Bagaimana nak swap review? Pandai2 lah korang berbaik dengan IG bisnes lain, email atau komen dorang "Jom swap review nak?" haaa camtu je senang.

- HASHTAG. Hashtag sebenarnya sangat penting untuk bisnes kita. Macam radiusite buat hashtag #radiusitelover , ini untuk kumpulkan customer radiusite dan semakin ramai yang guna hashtag ni, semakin ramai yang aware dengan radiusite. paham tak? Maksudnya kita nak build brand dan customer awareness dengan penggunaan hashtag ni.

- Contest dan GAME! Kalau tengok radiusite, zawara, calaqisya seronok je nak bagi hadiah free dekat customer yang main Game Last Tag kan? Game ni sangaat berkesan untuk tarik new followers dimana, ramai sangat akan tag kekawan dorang, dan kekawan yang belum follow ig kita, automatik akan terfollow.

Kadang-kadang, ramai peniaga suka main jalan mudah dan tak baik. Antaranya ialah:-
- Spam komen dekat ig orang
- Guna hashtag orang untuk promote brand sendiri

Memang orang akan aware dengan bisnes mereka, tapi orang lebih kepada menyampah dan nak block je! Jadinya, be wise. Bezakan yang bagus dan yang tak bagus. Buat apa kita nak promote tapi orang menyampah. Ye tak? 

2) Facebook - Sekarang ni facebook adalah platform yang paling dibenci oleh ika. Sebab apa? Fb ni main tipu. Tak kiralah like 1 juta sekalipun, kalau korang tak bayar untuk iklan, makanya iklan korang tak dapat dilihat oleh orang ramai.

Jadi memang terpaksalah buat iklan, tapi disebabkan fb ni yahudi punya kan, tak sangguplah ika nak bayar dorang. huuuu

Walaupun begitu, korang jangan risau! Korang still boleh guna facebook untuk promote dekat kawan2. Buat album bisnes dan tag kawan. Jadi mereka tahu anda menjual barang. Inshaallah ada je customer akan melekat.

Ps: Iklan di fb nih sebenarnya memang ok tau kalau korang sanggup bayar. Lagi2 kalau buat iklan yang dekat tepi belah kanan tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, google je 'how to advertise your business with facebook ads'



3) Youtube. Youtube dari dulu sampai sekarang memang medium yang baik di mana jika korang rajin buat video, tak kiralah video apa, asalkan boleh viral. Ia boleh membantu bisnes anda untuk dikenali ramai.

Bukan saja untuk bisnes, tapi kalau korang ni comel, kelakar n berjaya promosi diri sendiri. Hah, memang boleh femes dan kaya lah lepas tu ;)

4) Traditional marketing - menggunakan media cetak dan elektronik. Jika anda rasa anda dah mampu, apa salahnya guna media cetak seperti majalah Nur, Hijabista untuk kuatkan lagi brand anda. Jangan kedekut untuk buat iklan, ia membantu untuk kukuhkan brand dan juga untuk tolak tax nanti. hehe..

Kalau iklan tv dan billboard harga jauh lebih mahal. Jadi korang sendiri kena kaji dan belajar, iklan manakah yang akan mendatangkan impak kepada bisnes. Contohnya, jika anda menjual tudung, banyak majalah yang boleh anda iklankan. Tetapi anda mestilah mengkaji samada majalah tu okay atau tak. Sebagai contoh, jika anda jual tudung, lepas tu buat iklan dekat majalah dapur. Memang sah2 lah salah n tak kena langsung kan? Ataupun, jual tudung tapi pilih majalah yang tak berapa diminati, jadinya kadang2 sia2 je iklan tu..


5) Join Booth!! - Booth memanggg kena join! kenapa? sebab bila anda join booth, penganjur booth akan promosi event ini! Dalam sedar tak sedar, bila ramai orang datang ke event tu, orang akan perasan brand dan bisnes korang!! Takpe kalau sale sikit atau takde orang datang beli barang! jangan sedih!! Tujuan utama ialahh nak orang aware dan kenal brand korang kan? Slow2 dulu. Tak perlu laju2 dan putus asa cepat.

Yang paling penting dalam apa jua bisnes, kita mesti rajin, rajin dan rajin! Jangan mudah putus asa, jangan asyik merungut dan komplen, jangan suka fikirkan rugi dan kena sentiasa tabah menghadapi kata2 nista orang ramai. Buktikan yang kita boleh walaupun mula dari bawah! Jangan cepat down dan stop bisnes. Inshaallah mungkin hari ini bukan hari kita, maybe tahun depan kita berjaya? Rezeki semuanya dari Allah.


Ok lah, rasanya setakat ni saja perkongsian cerita bisnes kali ni. Nanti ika sambung lagi ya? Doakan banyak2 ika tak malas untuk menaip. Sebabnya selalu je ika ni hangat2 tahi ayam hehe.. ok bye!

Sunday, September 21, 2014

Bercuti di Istanbul, Turki Mei 2014

Assalamualaikum semua, setelah lama sangat tak tulis blog, kali ni kena gigihkan jugak untuk berkongsi tips dan cerita masa bercuti di Istanbul, Turki. Bukannya apa, next time kalau dapat pergi lagi, boleh lah rujuk blog sendiri. Betul kan.. Lagipun, ika pergi tak guna travel agent pun.

Memang suka redah je negara orang, jadi mungkin post nih dapat bantu orang lain yang ada plan nak bercuti ke istanbul jugak :)


Sebenarnya, takde niat dan keinginan pun nak menjejakkan kaki ke Istanbul sebab tak pernah rasa yang Istanbul ni best. Dijadikan cerita, sebab ada sorang kakak ni cakap pergi Istanbul 8-9 jam je. Haa dengar je masa yang agak pendek dibandingkan kalau pergi London 13-14 jam, terus je on nak pergi. Lagi pulak bawak parent bercuti sekali, better pergi 'yang dekat sikit'.

Rupa-rupanya masa dah beli tiket Mas, 10 jam lebih perjalanan pergi Istanbul.. sabar jelah. Kakak tu rupanya lama dah pergi Istanbul n main cakap je 8 jam dah sampai.


Tukaran wang

Mata wang Turki ialah Lira. Selain Lira, boleh juga bayar pakai matawang Euro. So nak tukar mana satu matawang? Dua2 pun bolehhh.. Ika bawak lira dan euro. Banyak bayar pakai lira dari euro.




18 Mei 2014 - 26 Mei 2014



Kali nih, first time bercuti jauh dengan baby kecik aka Datin Ayra. Masa bulan 5 haritu, Ayra baru je nak masuk 10 bulan. Punya lah cuak nak bawak dia naik kapal terbang sebab takut meragam dan ganggu orang lain. Tapi Alhamdulillah, flight kami malam, jadi dia memang banyak tidur dan tak meragam langsung.





So bermula cerita, kami naik flight Mas dengan perasaan sedikit takut lepas tragedi mh370. Tapi tawakal jelah.. Flight malam dan sampai je di Lapangan Terbang Antartuk pukul 7 pagi 19 Mei waktu Istanbul. Alhamdulillah selamat sampai.. Dari airport, dah ada van tunggu untuk bawa ke apartment yang akan kami duduk selama 8 hari. Masa booking apartment Flamingo nih, ika tanya banyak soalan dekat owner dia iaitu Mr Gurkan. Dia memang cepat respon dan jawab semua soalan kita. Bagus dia nih.. So, ika try minta free airport transfer, dia pun bagi free sebab duduk lebih 7 hari..




Apartment di Istanbul

Ika booking Flamingo Apartment di booking.com. Kenapa pilih Flamingo Apartment? sebab kedudukan yang memang dekat dengan tempat2 menarik antaranya Grand Blue Mosque, Aya Sofya, Tram dan banyak lagi.. Memang sepanjang berjalan di Istanbul, tak sewa teksi ke van ke sebab memang berjalan je kitorang. Kedai makan pun dekat.



Flamingo Apartment ni ada 3 bilik, tingkat 1. Boleh muat sampai 6 orang macam tu. Ada washing machine, dapur untuk memasak, iron. Ok lah semua ada. Lepas tu dalam 5 minit berjalan boleh sampai Grand Blue Mosque. Dekat kan? Cuba tengok map dekat atas ni, kedudukan Flamingo Apartment dekat sangat dengan Blue Mosque, Blue mosque pulak dekat dengan Aya Sofya.

Topkapi Palace pun boleh jalan kaki tapi tercungap sikit lah. hehe tapi memang dekat tau! Oh lagi satu, Arasta Bazar pun dekat gila dengan Flamingo Apartment. Arasta ni tak lah best sangat tapi boleh lah nak jalan2 tengok cincin batu2. Ika jadi gila beli cincin batu2 nih pastu balik Malaysia tak pakai dah. hahah..

Selalu orang Malaysia mesti nak pergi Grand bazaar jugak kan, pun boleh jalan kaki tapi ni jauh sikit. Kalau naik tram dari station Sultan Ahmet ke station Grand Bazaar dalam 2 station je.Yang tak tahu, Grand Bazaar nih satu tempat shopping besar dan antara bazar paling tertua di Istanbul. Dia macam shopping mall / bazaar tertutup. Ada jual barang perhiasan, makanan, manisan, teh, karpet dan banyak lagii. Cafe pun ada dalam nih.


Depan Flamingo Apartment


Tram dalam Istanbul (Line T1 Baciglar - Kabatas)

Sebelum jauh lagi nak merepek, apa kata kita tengok Tram Map dekat bawah ni.. Kalau rasa nak pusing Istanbul je, fokus dekat Tram line T1 ni je (warna biru). Tram ni memang pusing area tempat2 menarik untuk dilawati antaranya, Grand Bazaar, Grand Blue Mosque, Basilica Sistern, Topkapi Palace,  Eminonu (nak pergi spice bazar n naik boat), Kabatas (nak pergi taksim), Karakoy (nak pegi Galata Tower).



Macamana nak beli token/istanbulkart untuk naik tram pulak ye?

Kita boleh pakai token atau Istanbulkart untuk naik tram nih. Better beli Istanbulkart sebab kalau dua tiga orang pun boleh pakai 1 kad je. Lagipun rasanya lebih murah naik tram kalau guna Istanbulkart ni. Haritu kami beli istanbulkart dekat kiosk kecik dekat dengan tram station.


So far, bawah ni ika bagitahu station mana patut kita berhenti kalau nak pergi tempat2 menarik menaiki tram:

Sultanahmet station- Grand Blue Mosque, Basilica Cistern, Topkapi Palace, Aya Sofya, Hippodrome, Arasta Bazaar
 Blue Mosque



Grand Bazaar (Beyazit - Kapalicarsi) station  - Grand Bazaar

  


Eminonu station - Spice Bazaar, Eyub Mosque (tapi kena naik bas/ferry dari sini).

Kat station ni juga boleh pergi ke terminal ferry/boat untuk Bosphorus Cruise yang femes tu. (nak beli tiket ferry nih boleh pergi beli dekat kaunter tiket IDO/Sehir Hatlari .

Jangan beli yang dekat orang2 tepi jalan, maybe fery dorang tak best dan harga takut mahal lagi. Masa ika naik ni, kitorang ambil full bosphorus tour dimana, kitorang pergi sampai pitstop yang last sekali Anadolu Kavagi. Rasanya kalau takde masa & tak suka buang masa, tak payah lah ambil full bosphorus tour hehehe.)


Karakoy  station - Galata Tower

Kabatas station - Kalau nak pergi Taksim, berhenti dekat sini & kena tukar train. Naik Fenicular. (Taksim ni kawasan yang lebih moden, banyak deretan kedai kalau kat Malaysia macam Bukit Bintang gituu atau kalau London Oxford street kot hehe..)

Bawah ni ika cerita sikit kalau nak pergi ke tempat:

Dolmabahce Palace - Dari Tram Sultanahmet, naik tram sehingga station Kabatas. Sampai je station Kabatas, jalan ke depan lebih kurang 200 meter akan nampak Dolmabahce Mosque. Lepas mosque baru lah palace tu. Kat sini jugak, tempat Mustapa Kamal Antartuk meninggal dunia.


Masjid Eyub - Naik tram dan stop di Eminonu station, carik bus station (tanya orang kat mana bus station). Naik bas 99 atau 99a yang akan pergi ke Eyub District. Nanti naik je bas, cakap dekat driver nak berhenti dekat eyub mosque. Kalau tak cakap nanti terlepas. Jauh nak patah balik. Boleh jugak naik teksi / ferry.

Dekat sini, ada cafe femes Pierre Lottie, kena naik cabel car. Tapi ika tak pergi pun sebab ramai orang beratur naik cabel car  -_-"

 Mak bapak ika depan Masjid Eyub

Ok lah setakat ni je dulu. Nanti ika sambung balik n cerita pasal makan pulak. Dah 5 bulan pergi Istanbul baru nak share dekat blog. otak pun dah blur hewhew.. bye!




Powered by Blogger.
Designed By Boutique-Website-Design