Monday, August 8, 2011

Jalan-jalan di Seoul, Korea


Sambungan cerita Seoul haritu..



Macam yang ika bagitahu dalam post yang lepas, plan nak pergi Seoul ni dah lama. tapi kejap jadi, kejap tak. Last-last tu pergi jugak dengan kak vee, abg faizul dan kitorang berdua.

kami naik flight petang dan sampai seoul jam 945 malam. Sampai je terus naik bas dekat luar airport untuk ke hotel kami. Astoria Hotel.
Kalau hotel korang dekat area downtown (area dongdaemun atau myeongdong) ada banyak pilihan untuk sampai ke sana.

Dari Airport ke Hotel Astoria
Paling senang naik jelah bas. no 6015. harga pulak 10,000 won je dalam rm30 duit kita. tapi last bas jam 1045 malam rasanya. err lupaa lah..
(kak vee dan abg faizul depan airport bus station, kitorang berenti dekat chungmuro bus station. tapi korang boleh berenti dekat king sejong hotel sebab lagi dekat dengan hotel astoria)

kalau korang rasa nak selesa sikit tak kisah harga berapa, boleh lah naik teksi. rasa dalam 65,000 won kalau tak salah. darab lah 3.

Untuk yang lagi nak bajet, boleh naik AREX (ketapi kot) dan ambil subway menuju ke destinasi. tapi yang ni korang kena study dulu lah tak pun sampai je dekat airport tanya dekat kaunter pertanyaan camne nak sampai dekat tempat yg nak dituju.

Perjalanan menaiki bas ke Hotel Astoria ni lebih kurang sejam. Keadaan seoul masa ni basah je. sebab baru lepas hujan. Kami berhenti di Chungmuro station atau pun kalau nak lagi dekat boleh berhenti di King Sejong Hotel. Tapi lepas tu korang kena jalan kaki pergi hotel ni. adalah dalam 5-10 minit berjalan.

Kalau korang naik AREX n subway tadi, last destination mestilah Chungmuro station tapi masa nak keluar dari subway ambik exit 4. jalan je kedepan sikit nanti korang nampak belah kiri tu ada signboard hotel ni.

oh yee. kenapa kami pilih Hotel Astoria?
(orang seoul ni ada terer ckp english tapi ramai jugak tak reti cakap)

Hotel ni terletak di tengah-tengah antara myeongdong dan dongdaemun. dua2 tempat ni memang femes untuk shopping.
Dongdaemun tempat wholesale tapi tak tahu mana satu tempat wholesale sebabnya ada berpuluh2 shopping complex dekat tempat ni..

Myeongdong pulak street yang penuh dengan retail shop. Kat sini ada zara, forever 21, etude house, skin food dan banyak lagi.. kiranya barangan branded dan tempat ni memang cantik. tapi sayangnya, dua hari esoknya, hujan lebat sampai ke malam. kitorang asyik dengan payung je jadinya tak dapat bergerak bebas.

Hotel astoria ni terletak berhampiran dengan Chungmuro Station, so kalau korang nak pergi myeongdong korang boleh jalan kaki atau kalau rasa macam dah tua tak larat jalan, boleh naik subway. satu station je. utk ke dongdaemun pun sama jugak.satu station dari chungmuro ni..

Kemudian, hotel ni antara hotel termurah yang terletak dekat downtown nih. dalam rm300++ semalam. beli 4 malam kalau beli dekat airasiago dalam rm1700++ rasanya. hotel lain mau 2k lebih untuk 4 malam. padahal rasanya macam hotel bajet je kot. intenet pun takde dalam bilik. kalau nak online pegi turun lobi hotel baru boleh.
(ni lah dua pc yang ada di hotel ni..nak online kena beratur)

Lagi satu yang bestnya Hotel ni dekat je dengan Namsangol Hanok Village dan dekat juga dengan Seoul atau Namsan Tour. Jalan kaki jeeee. tapi kitorang pergi dua2 tempat ni lambattt iaitu hari ke-4 kami dekat sini.



Keesokan harinya,
kami akan ikut tour yang dah siap2 beli di airasiago. satu kepala dalam rm265. saje je mengada ikut tour.. sebab pergi seoul kali ini tak buat research pun..
Sekali tu kan.. esok pagi.. hujan lebat sangatt.... jadi banyak tempat nak pergi tak jadi pergi sebab tempat2 tuh outdoor. huarghh terpaksalah pergi muzium aje..


yang bestnya ikut tour ni kami 4 orang je dalam satu van yang cukup selesa.

tempat pertama yang kami pegi ialah The National Folk Museum of Korea.
yang suka sejarah tu suka lah. tapi alang-alang kita tak tahu sejarah dorang, best jugak dengar tour guide ni bercerita...


(terharu mendengar penjelasan ju-on ni..sebenarnya nama dia juno. tapi ika asyik terpanggil ju-on)



Antara cerita yang menarik yang diceritakan JUNO ialah bila orang korea tu mencapai umur setahun dan 60 tahun. ahli keluarga akan adakan besday party untuk celebrate. Masa dulu kan hidup susah.. baby selalu tak sampai umur setahun sebab bila sakit tak boleh nak sembuhkan.. so bila baby capai umur setahun, kira macam miracle.. so party nye baby ni akan diletakkan bersama dengan bermacam jenis barang, antaranya pen, beras, duit dan lain-lain.
Baby ni akan disuruh pilih satu barang. Kalau dia pilih pen maksudnya dia ni cerdik belajar dan akan belajar sampai tahap tertinggi. kalau dia ambik duit, maksudnya dia akan jadi kaya.

Ika tanyalah JUNO ni, apa yang dia pilih masa umur setahun tu. dia cakap dia pilih pen. last2 jadi tour guide sekarang ni hehe. korang ingat tour guide gaji sikit ke? sehari paling sikit rm600 tau gaji dia.. darab lah sebulan berapa. pasal tu orang korea ramai buat plastic surgery, duit terlebihh..
Bila umur 60 tahun pulak, orang tua ni akan dijamu dengan manisan2 yang semuanya berjumlah 100 dengan harapan orang tua ni boleh hidup sampai umur 100 tahun.


--------------------------------------------------
63 Building
Lepas je dari muzium, ika pun ajak dorang pergi 63 building. tempat ni kan selalu ada dalam drama2 korea. haruslah pergi kan. kalau tak rugi lahhh.. tapi apakan daya, biasa-biasa je dekat sini..

Macam korang pergi menara kl je. just dalam ni ada lah beberapa tempat best yang korang boleh masuk. eh nak masuk sini pun kena bayar. berapa tah. tak ingat sebab JUNO tu yang bayarkan.


Dalam 63 building ada wax museum, aquarium dan sky tunnel. Masa ni kitorang terjumpa lah dengan budak-budak sekolah sbp dari mesia. ramai jugak lah siap dengan pengarah2 sekali ada.. dah 2 minggu berkampung di seoul sebab ada pertandingan debat.


Untuk masuk ketiga-tiga tempat ni pun ada bayaran. mahal jugak. so kalau tak masuk pun takpe. sebab tak menarik puuunnn.. serius..
ni dekat atas sekali bangunan 63. macam menara kl jugak ada teropong2 ni. sekali bila teropong ke bawah.. hujan lebat buat jalan banjir. sampai tak boleh lalu.. lupa bagitahu korang, time kami pergi seoul ni time yang salah. sebab hujan lebat sangat sampai ada orang mati. sejarah paling teruk hujan di seoul.

menangis2 kitorang sebab tak dapat nak keluar sangat. lepas tu baju dan seluar asyik basah je. habis rosak selipar baru beli


--------------------------------------------------
Sky Tunnel dalam 63 building

sky tunnel: korang ingat ada apa dekat sini? takde apa punn.. nak posing boleh lah.. tunnel ni pun cenonet pendek je.. ni pun dekat atas sekali dalam 63 building ni . takde motip amek gambar sebelah pokok

--------------------------------------------------
63 wax museum dalam 63 building

Isk dengan bapak angkatnye.

wax museum: kalau sape tak pernah masuk wax museum macam ii ni.. boleh la pergi. tapi yang sedihnya, patung lilin ni tak real T__T benci2..

nasib ada satu patung lilin yang serupa macam iskandar. bawah ni bukan iskandar tau. sebenarnya patung lilin. kita boleh mintak orang wax museum ni buatkan satu temporary patung lilin untuk kita tapi kena bayar usd200 lah..


 
aquarium: macam aquaria dekat klcc tu. tapi klcc lagi best kot. yang bestnya dekat aquarium sini sebab ada penguin, jaws, dolphin n singa laut. cutenyaaa pui!


MAKAN lah pulak..
Lepas je abis jelajah 63 building. kami pun nak pegi makan lah kann.. ingat nak pegi itaewon sebab sana ada banyak makanan halal. tapi si tour guide JUNO ni yang kononnya arif dengan muslim tour, bawaklah kitorang n pergi korean traditional restaurant. dia cakap restoran ni vegetarian. hoh lantaklah, malas nak layan. kitorang makan ajee.. vege pun vege lah..
itu diaaa.. bibimbap. ape tah ejaan. dalam ni ada nasik, sayur, telur yang kuning dia tak keras tuh.. pastu dia bagi sos. masukkan dalam bekas ni sekali dengan nasik.taruklah banyak mana korang nak. lepas tu kacauuuu.. bekas ni panas macam claypot. so gaul lah cepat2. ada jugak dia bagi kimchii. tapi kitorang tak sukeee...

Petang tu bila dah setel berjalan, baru dia bawak kami pegi itaewon. restoran muslim. tapi orang korea. anak cute sebab dia kawin dengan orang pakistan.

tu diaa.. sekali chef dia masak ayam kari. hahaha. sedap sangatt!
Nasik pun nasik beras panjang2 macam taj mahal tu. sedapnyeeeeeee..ada macam2 lagi side menu yang lain antaranya kimchii, ikan bilis berlada, telur dan banyak lah.. arghh tak tahannya godaan puasa.


MYEONGDONG!

Last sekali JUNO drop kami dekat Myeongdong. pusat shopping bagi kaum wanita yang comel!!
banyak gila barang mekap! antara kedai yang asik ika tengok berulang-ulang je.. holika-holika dengan etude house.. ntah berapa lot tah dekat myeongdong ni kedai dorang ajee..

eh korang tahu tak dekat korea ni banyak jual snail cream! ala krim siput babi! dorang cakap bagus gilaa.ika nak beli tapi boleh ke kita pakai?? halal ke? hihihih..

oklah tangan dah kejang sebab asyik bercakap guna tangan jeee.. ika prefer cakap guna mulut. sure tak berhenti.. tapi sebab terpaksa menaip, tangan yang gemuk jadi letih.. nanti ika sambung lagi pasal seoul. banyak gila gambar. tak dannn nak upload semua n cerita semuaaaa..bye

------------------------------------------------------------------------------ 

22 comments:

  1. hee tengok vidiyo tu comel je suara kak ika ni :)

    ReplyDelete
  2. bestnyeee g seoul~
    ika, brape harga flight tickets?

    ReplyDelete
  3. ieka luvika, hee.. comel lah sangat...suara mcm jawa je akak dengar..

    awanianimaty, pergilahh.. best jugak seoul :D

    cik puan mimi, ktorg beli time murah hehehe.. dua org 1000 lebih je..

    kak sha!! raya ni turun kl tauu!! nanti kte jumpe :D

    ReplyDelete
  4. hahaha..
    suami kak vee main cak2.hahaa

    ReplyDelete
  5. nuraien: kelakar kan?? nasib bukan isk yg pegang payung. yg ni lagi lah pelik.mau dia besarkan hidung sambil pegang payung hehe

    ReplyDelete
  6. Jawa rules kak. Ibu ieka pun jawe jugak hekhek :))

    ReplyDelete
  7. kak..total cost pegi bape???
    any recomendation for amik tour?? or lg save klu buat backpackers style??

    ReplyDelete
  8. ieka, hahahhaa.. yeke jawa belah mana? johor ke??


    en pg: akak rasa buat backpacker style je. tp nanti duduk dekat guest house je. murah banyak.. kat seoul tak susah pun kalau jalan2 sendiri. sebab tour sangat mahal. 2nd day akak pakai tour dekat rm400 seorang.. tp akak terpaksa pakai tour sebab hujan lebat.. tak boleh gerak sndiri. kena naik kete..

    ReplyDelete
  9. en pg, nanti akak bgtau lebih kurang total cost ye :)

    ReplyDelete
  10. t'kenang memori lama bila baca cite ika ni tp kita dpt pi kejap je seoul.tu pun menang contest.kalau idak, kempunan nk tgk tempat org.

    insyaallah nnti nk pi lg. hehe...kena kumpul duit dulu...

    and just sharing, for those yg nak dpt more info pasal travel ke korea boleh jnguk blog kakak ni. lengkap!! http://budgettravel2korea.blogspot.com/

    -jaja - (ingt lg tak ika? tukang wat bunga ritu. hehe)

    ReplyDelete
  11. jaja? bunga yang letak kt kepala tu eh?
    hehee..sebenarnya kan ika pun tengok blog tu utk rujuk semua bendaaa :D

    bagus betul blog tu!

    ReplyDelete
  12. kan... blog kakak tu kira lengkap. tinggal berani tak berani je nak travel free n easy style.

    kan waktu ika pegi tu seoul banjir kan. abes ika lalu ke tempat2 banjir tu semua? sampai atas jln pun banjir...

    a'ah, jaja yg bunga ata kepala tu

    ReplyDelete
  13. both of u sgt comey!!!! suara pun comey gilessss!!! rindu sgt nk jumpe ngan vee n ika.. if ada gathering lagi, ajak2 la kzaza sekali yek.. TC N MISS U!!!

    ReplyDelete
  14. akak pergy cuba baju hangguk tu tak? :)

    ReplyDelete
  15. kak Ika:

    EIII !! bestnye akak dapat pegi korea!
    akak minat k-pop ke?
    ahh!! seriously, jealousssssss!!!

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing your adventures in seoul korea! Nice narration and pictures!

    Download film terbaru

    ReplyDelete
  17. Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja, dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA, awalnya saya ragu, tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar terbukti dan 2Miliar yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda, saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah/Pesugihan Putih AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia,jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet »»>INFO KLIK DISINI<«« Wassalam






    RITUAL DUNIA GHAIB

    RITUAL TEMBUS TOGEL/LOTREY

    BUAYER MUSTIKA

    PAKAR MUSTIKA

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
Designed By Boutique-Website-Design